Tuesday, May 26, 2015

Food Review: U-Cafe Wangsa Walk - cafe best!

Assalamualaikum wbt..

Kali ni story pasal makanan yang enak-enak di satu cafe best di Wangsa Walk Mall, U-Cafe Wangsa Walk. Pernah pergi ke sana tak? Kalau belum, bolehlah pergi ke sana hujung minggu ni. :-)

Sambil makan dan cuba menu-menu terbaru dan sedap di U-Cafe, sambil kita berchit-chat dengan blogger-blogger yang sempat meluangkan masa pada sesi kali ni.

Kami dihidangkan dengan menu terbaru di U-Cafe Wangsa Walk ni. Nasu Kukus. Sebenarnya, menu ini boleh didapati di mana-mana, tetapi di U-Cafe ni, menjadi istimewa bila nasi kukus ni dimakan dengan ayam goreng berempah istimewa bersama sambal belacal sedap dengan harga hanya RM3!! Mana nak cari makanan dengan harga semurah RM3 di KL kan?

Ayam goreng berempah sedap.

Hidangan berbuka. Ada kurma. Ada kerabu taugeh. Pertama kali makan, sedap!

Sup daging blackpepper. Ada rasa pedas blackpepper. Sesuai untuk juadah berbuka ni.

Chicken boxing.

Selesai menu pertama kami, kami di bawa ke ruang makan di tingkat atas U-Cafe. Untuk makluman, U-Cafe Wangsa Walk ni mempunyai 2 ruang makan, atas & bawah. Yang tingkat atas, boleh memuatkan sehingga lebih 60 orang dalam satu-satu masa.

U-Cafe juga menyediakan pelbagai menu ala-carte, daripada masakan timur hinggalah masakan barat. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Oh ye, menu di U-Cafe adala 100% HALAL, sijil pengiktirafan siap dipamerkan di ruang makan. Jadi, sila makan tanpa was-was.


Kami dihidangkan lebih kurang 20 menu untuk dicuba rasa pada hari tersebut. Sedap-sedap semuanya. Nak tahu menu sedap dan menarik di U-Cafe Wangsa Walk? Jom skrol ke bawah dan sila tahan air liur yang meleleh keluar tu ye.

Combo platter.

Seafood Platter.

Spaghetti Aglio Olia Sea Scallop. Ni mesti kena dengan selera penggemar 'scallop'.

Italian Beef Carbonara with Egg Yolks. Menu ni jadi kesukaan ramai pelanggan di U-Cafe. Enak bangat!

Ala-ala 'dancing fish'..tapi ni 'Flying Fish Rice with Soy sauce'..rangup ikan tu..

Penggemar western food, bolehlah mencuba Signature Combo Mixed Grilled ni. Konfem puas hati dan perut anda.

Lamb Rack.

Buat mereka yang taknak makan menu 'berat', boleh la cuba Cantonese Kuew Teow ni. Sedap.

Ada gak Laksa ni..sedappppnya....

Ruang makan di bahagian atas U-Cafe ni sesuai untuk diadakan majlis-majlis khas, seperti majlis hari jadi, atau meeting untuk kompeni korang. 

Credit foto: JMR23.COM

Oh ye..di bulan Ramadhan nanti, akan ada hidangan istimewa untuk berbuka puasa. Jangan lupa singgah dan menjamu selera di U-Cafe Wangsa Walk semasa berbuka nanti ye.

Alamat U-Cafe Wangsa Walk:
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03 41319686
Facebook: U-Cafe


Alamat U-Cafe Sungei Wang Plaza:
C025, Sungei Wang Plaza, 56100 KL.
Series, sangat berpuas hati dengan menu-menu di U-Cafe Wangsa Walk dengan harga berpatutan. Highly Recommended cafe untuk korang cuba!

5 comments:

Sharinginfoz said...

tak pernah le pula cuba, kena pi terjah ni

sherlina halim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Syireen Halim said...

wah, nampak best

Raihanah Ahmad said...

bolehlah cuba, dekat je dgn saya