Friday, June 3, 2011

[Movie Review] X-Men : First Class


X-Men : First Class..korang dah tengok? Kalau belum, aku suggestkan gi tengok weekend ni. Aku dah, first day tayangan di Malaysia bersama Gebek & Malia Bieber. Series tak rugi. Dah la duration filem ni lebih kurang 2jam. Dah tu, sepanjang jalan cerita, memang sumer scene menarik. 


X-Men:First Class bukan sekadar prekuel yang menceritakan asal usul kemunculan X-Men tetapi cerita bagaimana setiap watak X-Men wujud. Tentang siapa & dari mana munculnya Founder X-Men, Xavier a.k.a Profesor X  dan Erik a.k.a Magnetto. Juga tentang Raven a.k.a Mystique yang dijumpai oleh Profesor X di kediamannya. Weih, takkan aku nak cerita kesemua watak kan? Penat la..yang pasti, kesemua watak muncul dalam X-Men:First Class ni termasuklah Wolverine walaupun kuar kat skrin untuk 4saat..

Sinopsis : Mengisahkan sekumpulan mutant yang bergabung untuk menghalang rancangan jahat Shaw yang cuba mencetuskan perang dunia ke-3, dan menyebabkan ancaman kesan radiasi kepada rakyat dunia. Dan daripada sini, bermula kisah permusuhan antara Profesor X dan Magnetto. 


No comments: