Thursday, June 2, 2011

Kungfu Panda 2 vs KL Gangster

Dah tengok Kungfu Panda 2? Dah seminggu kat pawagam kot..Da tengok KL Gangster ? Lagi seminggu nak masuk pawagam kot..
 Aku rasa, ni jelmaan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Sofi Jikan, Zizan. Macam sama je ngan poster kat bawah nih.


Semalam layan Kungfu Panda 2. Bajet nak kaver taknak gelak, sebab keliling kanan kiri ramai budak-budak. Tak ramai awek cun, kecuali kat sebelah aku sorang je. 5 minit pertama aku leh tahan lagi, masuk minit ke-6, tengok je muka Po, aku dah tergelak. Rugi tak gelak kaw-kaw dalam hall ni, takde orang nak marah pon, sebab sumer gelak jer. Kalo kat umah, takleh nak gelak kuat-kuat, nanti mengganggu ketenteraman jiran-jiran. kan ada yang bangun pagi esok , depan pintu ada sampah busuk sebungkus. Tanda amaran la tu. Jangan buat tak reti bahasa namanya..

Menonton Kungfu Panda 2, aku terasa ada persamaan ngan KL Gangster. Bezanya kungfu Panda buat aku gelak tak hengat dunia, KL Gangster lak buatkan kaki&tangan aku cam terikut-ikut gak nak side kick, back kick, tumbuk muka sampai pecah. Nasib baik aku sempat kontrol inner peace tu, kalo tak dah pecah muka si Hazman di sebelah kiri aku dan patah tengkuk si Mejah di sebelah kanan aku

Kungfu Panda & KL Gangster - dua-dua filem ni menyerapkan sifat kasih sayang kekeluargaan. Takde cinta-cinta tangkap leleh. Kasih sayang antara Po dengan bapa angkatnya dan Malik(AAron) dengan mak. Kalau nak lebih rasa kasih-sayang tu, korang kena la tengok sendiri. Takkan yang ni pon aku nak kena bagitau..aishh..

Takleh blah aku tengok muka Po nih. Nak gelak je. Geram. Cam nak lempang-lempang je pipi si Po nih. Dahlah..sekian..

 GA: Barang Baik

1 comment:

Peri PiA said...

dah jumpe si Po kat WWM jmt lps,terkekeh2 laki bini gelak...mmg xblh cover gelak nya hahaha..mane blh tahan

opps,bini dia cover sikit la :P

Kl gangster adoi,semua hero melayu kesukaan tu..nti la gi tgk hehe