Friday, May 6, 2011

THOR - kisah sebuah tukul

Assalamualaikum wbt..

Macamana life di hari Khamis ni? Seronok ek sebab esok dah hari Jumaat ye, ke seronok sebab malam ni malam Jumaat? Opss..abaikan untuk golongan yang berstatus macam aku.

Semalam malam Rabu. Malam Rabu ada malam untuk berjimba-jimpa selepas penat melayan karenah bos yang mengalahkan kanak-kanak belum akil baligh di siang hari. Nak jimat kos, dan nak cepat pulang, aku dan ehem-ehem ke area e@Curve. Nak save lagi, parking je kat Tesco, FOC okkey, dah tu takyah tempuh jamm nak ke Cathay..bijak bijak bijak...

Malam ni ada sesi filem yang leh agak baru le, THOR..alif, ba, ta, sa.....thor..sebut btol-btol ye, THOR.....sangat bijak kalau dapat menyebutnya dengan betul, lebih bijak lagi kalau ko memilih THOR daripada SERU mahupun DILARANG MASUK..kahkahkah..pangkah jangan tak pangkah...
Perlu ke aku nak elaborate panjang-panjang sinopsis filem THOR nih? Cukuplah, sekadar aku cakap, filem ni kisah sebuah tukul..nak detail lagi, gi beli tiket sendiri, takpon donlod le kat memana. Nak blajar donlod dengan cepat, leh tanya Bro Hilal..dengan terer bab-bab memiret nih..kahkahkah..
Aku bukannya taksub sangat nak layan THOR ni, kalau bukan disebabkan Jane ni, haktuih aku nak masuk hall 6 dalam keadaan sejuk ala-ala nak MC je esok..
So far, jalan citer & CGI citer ni so good. Takde le gempak sangat pon. Yang paling takleh blah, bila time  bumi kena ambush ngan si Destroyer ni. Dah nampak macam kije editting tak siap je lagi..sebijik macam citer otromen yang aku tgk kat RTM masa kecik-kecik luh. Jalan terkangkang-kangkang, dan tembak guna api yang kuar kot mata..oh dem sangat okkey..

Eh, pasal entri aku ni cam bagi bad comment je kat THOR ni? Rasanya ramai blogger yang wat review pasal citer ni cakap best giler kan? Best tu boleh diterima lagi, tapi tang best giler tu aku tak setuju sangat..hukhukhuk...

Aku mampu kasi 6.7 bintang je daripada 10bintang.


12 comments:

atreyu strange said...

aku pun rasa citer ni biasa2 je. agak bosan pun ada. haha. and ade gak kwn2 yg cakap best GILER. maybe they have not seen movies FAR BETTER than this? :P

Peri PiA said...

mne bloeh..keje beli brg kat tesco baru foc kan?hihi

ade org ckp hero encem

aque said...

bace review mmbe2 lain pown kate cite nie besh...

tapi agak sangsi bilew bace bab..
ebijik macam citer otromen yang aku tgk kat RTM masa kecik-kecik luh. Jalan terkangkang-kangkang, dan tembak guna api yang kuar kot mata..

sungguh rase nak tergelak... hehehehe...

Najmi said...

huh tak best kah ? baru nak p tengok. oh well.

Najmi said...

huh tak best kah ? baru nak p tengok. oh well.

baincardin said...

Harus ton ton ni...:)

mummysyafie said...

baru je tengok arini..gi berdua ngan suami sampai popcorn pun boleh habis.

best tu mmg la sebab si thor tu hencem gagah perkasa.

tapi kalau selidik balik, citer ni more kepada kepercayaan agama lain kan..

Ardini Humaira said...

sebab ada jane ye hik3

hana said...

erm..
cite ni bes...
mungkin de orng kate x bes tp bg saye bes..
hahaha

imHepPie said...

kalaulah tempat aku ada wayang...kalaulaahhhhhh huuuu

++sang wada++ said...

citerni lah aku nak tgk selasa lepas..aleh2 kwn2 aku sume nak tgk senjakala..ambik kau tak best langsung...rugi je aku..ape2 pun thanks buat n3 pasal ni ..baru aku tahu citernya mcm mana.

Redbloodsnow said...

nak tgk laaaaaaa..eeeeee.