Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' muallaf masa aku darjah tiga di Sekolah Rendah Tengku Mahmud. Hari-hari dok baginya homework matematik sampai 10,20 pages. Hari hari okkey. Dah macam aku amik course matematik je time tu, subjek BM, BI tolak tepi luh semata-mata nak siapkan homework beliau. Kalau idak, siap bernanah telinga kena zikir kat telingan kiri. Biasanya telinga kanan akan kuar balik zikir-zikir tu...

Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' yang pernah denda aku ngan sorang lagi membe aku masa perhimpunan kat Sekolah Rendah Tengku Mahmud, tahun 1994..aku lupa nama beliau, tapi masih terbayang-bayang raut wajah beliau. Aku & gang, berdiri sebelah kaki sebelah tiang bendara, 30minit gak kot exercise camtu. depan-depan murid-murid lain..ada sorang awek tu siap kenyit mata, sambil mulutnya cam nak cakap 'muaxx2'..cikgu tu rilex je menjeling setiap masa...

Kalau boleh, aku nak jumpa 'cikgu' yang suh aku lari 20 round padang hoki SMS Tg Muhammad Faris Petra, setiap petang ok. Bukan salah aku pon, beliau cakap, kena warming up dulu sebelum main basketball. Kalau tahu gaya gini warming up, baik saya join team batu seremban atau debat bahasa omputih kat HKSBP tu. Tapi nak gak say sorry, sebab kadang-kadang saya lari 4,5 round je, anak-anak buah yang lari 20 round tu, senior kena pandai ngelat kan kalo nak hidup...pastu buat-buat penat, telan air sirap amik kat dining hall 2,3 gelas...

Kalau boleh, aku nak sangat jumpa 'cikgu' yang kantoikan surat dari pihak pengurusan Siti Nordiana untuk aku. Penat saya berusaha nak join fun club Siti Nordiana, patut la saya tunggu reply daripada diorang, tak sampai-sampai. Seb baik saya ada simpan kaset 'Cinta Hanya Sandaran', leh gak mentelaah masa prep malam kat bilik prefect sambil dengar walkman lagu tu. Kaset tu je mampu saya selamatkan masa spotcheck kat hostel..tapi takpe, sebab skang saya dah join fan club Lisa Surihani, lagi terbaik kot...

Kalau boleh, nak jumpa 'cikgu' yang kantoikan kitorang lompat pagar. Biasalah, first time lompat pagar, elok je landing atas tanah, bangun-bangun je ada orang tanya " Sek mung wat gapo nih? ", kantoi sudeh..aku lupa jawapan yang kami jawab. tapi yang aku ingat, masa tu cuti sekolah kot, kitorang stay kat sekolah sebab nak siapkan projek majalah sekolah..sesaja nak try feel lompat pagar..seb baik tak tersebar hotnews, 'pengawas fly, berigat dengan pengetuo '...

............kalau boleh, aku nak jumpa cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku secara langsung & tidak langsung sebab aku nak wish, " Happy Teacher's Day "..

...pastu nak ajak lepak mapley Subaidah, nak borak-borak sebab dah lama tak jumpa, sambil pekena teh tarik ke. Nak cakap terima kasih gak, sebab kalau bukan dengan cara didikan cikgu-cikgu dulu-dulu, tak mungkin aku jadi sapa aku hari ini..bukan aku je, rakan-rakan aku yang lain juge...

...dan nak minta maaf gak sebab banyak gak antara cikgu-cikgu ni yang pernah aku kelentong. Bukan niat nak berbohong, cuma terkelentong...yang ni belakang citer la ek..

Since hari ni 16 Mei 2011 a.k.a Hari Guru, aku nak wish Happy Teacher's Day untuk umi&ayah aku ( cikgu aku since aku kuar dari perut umi aku ), dan sumer cikgu-cikgu sejak aku di Taski ABIM, SRTM, SMSTMFP, PPKTJ, ISI, KagoKosen, AMTC, BMI , pusat-pusat tuisyen free dan juga berbayar...dan tak lupa gak sifoo besar aku dalam bidang fotografi, si Yo a.k.a Waffy Bunchet ( kalau tak kerna dia, aku tak reti jadah apa tu shutter speed, ISO, aperture dan jadah2 tu sumer...)...

Weih, series tetiba termiss SMSTMFP, nak-nak bila salah seorang cikgu aku nih dedicatekan salah satu blognya untuk tatapan semua anak didiknya..Faris Petra blog..Terima Kasih buat Cikgu Azemi yang menten update kisah-kisah terbaru tentang penuntut&bekas penuntut SMSTMFP..
skoloh ko hado blog??kihkihkih


TERIMA KASIH CIKGU

22 comments:

azieazah said...

JMR,
boleh tahan nakal awak yerrr.. hehehehe

tapi bila ingat balik, nak gelak besar. Kalu jumpa cikgu2 lama tu, harus awak kena pulas telinga, tak?

MaMa AiNi said...

macam tak percaya selalu didenda masa sekolah dulu..dah besar sekarang nih !!..hikk..hikk

Mummy Hanny said...

hehe...rajin jugok fly dih? tp gambar batch masa F% tu meme standard la, kitorang pun ado! Farisian9498 (veteren sikit jah)

Mummy Hanny said...

F5* typo di situ

Redbloodsnow said...

ishh...noty boy rupanya dulu ea...hikss. well, selamat hari guru utk semua guru di mesia ini! :)

cik panadol said...

hadoi...cmne leh layan siti nordiana pulak ni! kekeke

bunga said...

amboiiiinakal gak yekkk...pe pom selamat harin guru..

aby said...

salam ziarah JMR,
seronok membaca, klu boleh,

klu la boleh tu dapat di zahirkan ..
kite dapat Back To The Future ..

sama dgn aby,
selamat hari guru utk insan2 yg bergelar pengajar

CintaZulaikha said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tak sangka. terhebat jugak ornya. igtkan jenis pakai spek n duk depn meja ja, ngupernya, jeng3...terbaek punya..

perondajaketbiru74 said...

teachers pet....

asmiera said...

gambar kt padang tu..mmg standard budak2 form5 smstmfp kena amik ek? batch kitorang 9498 pun ada gambar situ...windunye skolah...

░♥si lampu neon♥░ said...

sama sama...hehehe...

Anggerek said...

memory remain...tp part prefect fly arini baru tau..ish ish ish ish

NUNU EERA said...

pling senang nk cri gmbr u.. sekali imbas je da tau.. huhu..

Sharinginfoz said...

Terima kasih cikgu di atas segala pengorbanan

enyheartsdiamond said...

kahkahkah.. yg paling kelakar pasal siti nordiana tu.. hiks :p

muka siti nordiana mcm muka eny tak? :p

cikpia said...

sebbaik saya nyer poskad dari ning baizura tak kantoi... ha ha... simpan rapi sampai arini. pikir2 balik, NING BAIZURA??? ha ha....

apapun, cikgu2 faris memang terbaek!!!!

velasrizal said...

mmg byk jasa guru kita kan

Encik Psychopath said...

good experience.

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... gambar last memang macho abiss....

mummysyafie said...

akak nampak mana satu JMR, barisan atas berdiri kat tengah kan. hihihi..

sekolah akak ni sekolah cina, kalau ada blog pun harus la kuar bahasa cina atau omputeh je manjang.

Ardini Humaira said...

hehehe.... demo skoloh dekat nga umoh kawe mulo.. loni adik kawe skoloh situ.. :D