Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari-hari adalah hari ibu bagi aku, bukan hanya semalam..

Semampu aku, setiap saat adalah masa untuk ibu..

Semampu aku, setiap ruang di hati adalah untuk ibu aku yang satu..

Semampu aku, setiap sen aku adalah hadiah untuk ibu..

Semampu aku, setiap hal gembira adalah untuk titisan air mata gembiramu..

Semampu aku, setiap hartaku, ruangan pewaris adalah namamu..

Semampu aku, setiap gerak geriku, akan menjadi pengetahuanmu..

Tapi..

Aku tahu aku tidak semampu untuk semua itu. 

Mampuku hanya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kehadiran ibu, sejak lahirku, tika kanak-kanakku, tika remajaku, tika susah dan senang aku, jatuh dan bangunku..hanya ibu sentiasa di sisiku..

Doaku, sejahterakanlah ibuku, dan kuatkan semangat aku untuk merealisasikan tanda Terima Kasih aku untuk ibuku, dulu,kini dan selamanya....

JMR...dedikasi untuk ummi tercinta..



**Takziah untuk Cik Nunu & Mama Ani atas pemergian moyang & nenda tersayang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.. al-fatihah..

8 comments:

CGG said...

selamat hari ibu buat ibu kamu..

buat cik nunu..salam takziah ye

Cik NuNu said...

slmat ari ibu untuk ummi.. nk pinjm entri ni utk dedicate kat mama jgk blh x..?

Wanita Mutalib said...

tq JMR. :)

Al-Fatihah.

mom n dad said...

tq....amin..n utk ummi awak selamat hari ibu drpd mom n dad.

ctpayong said...

kemampuan yang terunggul itu cuma Allah. kita hanya mampu berdoa.

kakCT setuju, kalau mampu semuanya untuk ibu.

harap kongsi pendapat tentang sambutan hari ibu di entri kakCT yang baru.

Ardini Humaira said...

ibulah ratu hati kita semua ^__^

perondajaketbiru74 said...

hehe betol tu bro bukan hari ibu jer kita kena ingat dan bagi wish kt dia kan.

Redbloodsnow said...

selamat hari ibu utk ibu² di luar sana :)