Thursday, May 5, 2011

Sama Bidang, Sama Hobi - cepat bosan ke?

Assalamualaikum wbt..jawab cepat. Ikrar aku, mulai entry hari ni, setiap entri aku nak disertai dengan salam. Kecuali entri yang ada berbaur lucah dan keji..agak-agak la kan...

Pernah tak, dengar orang tua-tua cakap, selalunya kalau laki bini berkerja dalam bidang yang sama, takpon mempunyai minat yang sama, akan cepat berlaku pertengkaran atau perang mulut. Salah satu sebabnya, perselisihan pendapat dan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing, ye la kan, dah masing-masing ada knowledge dalam bidang yang sama, mesti yang ni nak menang, dan yang tu pon nak menang gak , pendek kata, masing-masing E.G.O.... 

Persoalannya, benar atau tidak benar, dan apakah kesan-kesan jangka masa panjang? Esei anda mestilah tidak melebihi 150 patah perkataan...

Jawapan aku..ada benar dan ada tidak benarnya. Well, dah namanya manusia biasa kan, normal la tu kalau masing-masing ada pendapat masing-masing. Kan tak best, kalo ko ada pendapat, tapi tak leh lontarkan pendapat tu. Malaysiakan negara demokrasi, bukan diktator. Sama ada pendapat tu betul atau salah, itu belakang cerita. Dan yang mendengar pendapat tu, patutnya mendengar dengan minda yang terbuka dan bukan sekadar mendengar. Proses input tu seadil-adilnya, mana yang salah, perbetulkan, mana yang betul, kita sama-sama amalkan...chewaah....
Bagi kesan jangka masa panjang lak, itu semua terpulang pada tindakan masing-masing. Positive action yang ko amik, maka hasilnya akan jadi positif gak le kan. Kalau negatif yang ko pikir, maka negatif la natijahnya. Kalau benda remeh-temeh pon nak disimpan sebagai dendam atau rasa tak puas hati dalam hati, kompom huru hara la hidup nanti. Masa berubah, pasti manusia pon boleh berubah nanti. 

Sepatutnya, pasangan yang mempunyai hobi ataupun karier dalam bidang yang sama, akan lebih saling memahami & berkongsi kelebihan masing-masing untuk kebaikan bersama. Masing-masing dah tahu camana best atau tak bestnya bidang tersebut. Kan lagi bagus kalau yang tak best, dibuang jauh-jauh dan cuma amik yang best-best ajer. Positive thinking okkey!

Sharing is Caring...

* Terima Kasih Tuhan untuk hadiah yang teristimewa. Dia tahu bila aku berbicara pasal engineering term & dia faham bila aku berbicara pasal dunia fotografi..oh bukan itu ajer, dia juga tahu whats the latest movie, what's photoshop rule, what's the latest superbike, what's the blogging, dan dia juga faham komitmen kije yang memaksa aku cancelkan sumer plan-plan yang dirancang di saat-saat akhir..dia memang kewl....minggu depan besday dia, hope plan tak burn..kahkahkah...

13 comments:

aque said...

wah.. sangat memahami. kenyet kan mate anda untuk beliau... hehhehe

Peri PiA said...

understanding is so cool,fhm tahu pekara yg same pon cool

MaMa AiNi said...

he 2x..??? tak nak komen lah..

kak ina kl said...

entahlah tak tau nak komen..sebab akak dan hb tak sama bidang

Lagenda said...

yeah..semua tu ada pro dan konnya..Apapun, hrp2 korang ber 2 akan bersama hingga ke akhirnya..dah sepadan dan sejiwa dah tu

Hayaro said...

saya rasa nak kata bosan tu tak jugak sebab bila kita bersembang tentang bidang tu, kita saling memahami.

Contoh macam saya dan suami, sama2 kerja di dalam industri insurans walaupun berlainan kedudukan tapi saya tetap boleh faham apa yang diceritakannya.

Wahidah said...

alhamdulillah u find sum1 yg sama minat n boel phm...

aperla yg nak diberi ye bufday die next week kan..:)

achik ezam said...

mungkin juga....kolo dah semua sama dah takde apa yang nak di explore lagi.


tapi terpulanglah..

soal hati tak bisa dimengerti

**tetibe**

Ardini Humaira said...

dni dengan deen punya minat lain2 hehe

maslinamansor said...

sayangggg ko kat dia... :)
mudah-mudahan... cepat sikit rezeki makan nasik minyak

restu resort said...

mcm susah nak dpt info baru je..

mummysyafie said...

betul..betul...betul...dier sangat kewl..hihihi...

Mummy Hanny said...

if u hv the same interest/career, it's good for sharing and exchanging ideas
if u're totally opposites, bagus untuk saling blaja benda baru and complementing each other... (like me and mr.NH :)
Always look at the bright side of life

p/s: dah tu bila nok bekwoh?