Suka tangkap gambar? Suka ditangkap gambar? Walawey, sapa yang tak suka kan, nak-nak bila dah bergaya dengan baju baru. Pantang jumpa lensa, posing baik punya. Tak kiralah yang muda ke, yang tua ke, jarang aku jumpa yang betul-betul malu nak bergaya di depan lensa, kalau malu pun, mula-mula je, lepas tu dia yang lelebih lak..
Tapi kalau amik gambar, then leh mendatangkan musibah/bencana, camana lak? Pernah dengar tak, kalau capture gambar bertiga, salah seorang dalam gambar tu aku meninggal dunia. Cepat ke lambat, takde la dinyatakan. Aku taknah jumpa lagi statement ni dalam mana-mana kitab, korang penah jumpa? Ada orang cakap, petua orang-orang tua. Tapi nenek aku yang dah tua lebih daripada 80tahun, takde lak bagitau./warning. Selamber je posing kiut sampai skang nih.
Bagi aku, satu je yang aku percaya, ajal maut tu ketentuan Tuhan. Tak perlu nak terlalu percaya pada pantang larang yang boleh memalingkan akidah. Silap haribulan nak kena ngucap balik, lagi haru. Maybe yang meninggal tu pon satu kebetulan, takpon lambat laun akan meninggal gak kan.
Tapi aku tak berapa pasti, kenapa pantang larang ni wujud? Camana kalau adik beradik hanya tiga orang? Camana kalau dalam satu famili, hanya ada tiga, "ibu, bapa & baby"? Camana kalau wife korang lahirkan baby kembar tiga? Kalau nak amik gambar, kena sisihkan sorang, takleh tiga-tiga, gitu? kan kecik lak hati budak tu oii.. bla..bla..bla..bla..
...maybe pasni, kalau ada yang masih mahu menegakkan kenyataan ambil gambar bertiga akan menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka, mereka ni perlu ditunjukkan gambar ini..
gambar ni aku pasti telah diambil lebih daripada 10 tahun yang lepas, alhamdulillah, diorang masih ada..renung-renung dan fikir-fikirkanlah..
*maaf, aku bukan berniat cari gaduh ngah si pembuat petua pantang larang nenek segala bagai nih, cuma kadang-kadang nyusahkan kije aku gak. Nak shoot dalam majlis keramaian pon nak kena ikut ni sumer. Kalau gitu banyak la plak gambar nak kena delete nih..Ridiculous okkey!

12 KOMENS:
tu la ajal maut di tgn allah...
tu la fasal,kalau btl KRU dah lama dah
semua dah Allah tentukan
kalo fara fara mmg x kesah.. tapai kalo belah2 keluarga ayah memang takbagi... mmg payah la.. tapi ikotkan juge la.. huhuhu
walawei..kebetulan plak, pic mak dlm entry terbaru arini mak bergambar bertiga..
Hihihihi..tp bg mak, no kisah der. Bkn ada dlm mana2 hadis pun!
Klu gmbr bertiga tu en JMR diapit 2 gadis mmg sy pantang.. haha..
macam mana kalau dlm keluarga itu hanya ada 3 orang sahaja..mama, papa dan cik n ..ha 2x... tak kan tak bolih bergambar anak beranak kan..tak bolih percaya ni..karut je !!!
salam..
sy pun setuju jugk. pantang larang ni mengarut!
perkara nie memang aku setuju sesangat...menjadi ikutan sampai skang nie kan....
ni pantang larang aje..tapi bila fikir balik..tak masuk akal kan?
ada juga lagenda nya pasal kalau tangkap gambar kucing... nanti kucing pun akan mati... banyak sungguh pantang larang... huhuhu
btul2 ..2 sume karut marut..heheh..
betol2.. ajal dan maut tu tuhan yg mentukan, bkan psal pape yg diskelilg kite leh tentukn ajal tu.. like this post.. boleh sedakn org yg pecya pantg larg tu slama ney.. )
Post a Comment