Saturday, May 21, 2011

NUR KASIH the Movie - kisah Nur Amina, Adam & Aidil

Checkmate!

Kali ni aku tak frust dan tak terasa membuang masa bila menonton filem Melayu. Tak sia-sia gak aku simpan lelok pass tayangan sejak hari Khamis lagi. Semalam baru tengok. Hall sangat-sangat penuh. saat-saat ni baru aku akui, nisbah perempuan&lelaki zaman sekarang ni memang 3:1. Seat sebelah kiri, awek Kg Idaman, seat sebelah kanan, awek pakai legging ketat, tube kaler ijau, nama lak aku tak pasti, tak sempat berkenalan. Bukan rezeki...



" Nur Kasih The Movie adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, setelah kematian isterinya, Alia akibat kemalangan, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Maryam. "


Nur Kasih The Movie masih mengekalkan pengarah asal drama, Khabir Bhatia. Seperti yang aku sangka, gaya&style Nur Kasih The Movie dan CINTA(2006) mempunyai sedikit  persamaan dari kekuatan, tak perlu aku nak eloboret panjang-panjang. Memang tabik spring la sama Khabir. Dan aku sangat kagum ngan setiap sinematografi & angle-angle shot setiap babak. Even ada sikit-sikit benda yang aku kureng sket, tapi still ok untuk sebuah filem Malaysia yang berkualiti tinggi. Kan lebih bagus, kalo teknik CGI lebih dipraktikkan semasa adegan serang hendap di market & perlanggaran keretapi. Kasi real lebih lagi. 

Wah..bercakap macam aku tahu je sumer tu. kahkah..

Ada orang pesan, sediakan tisu semasa menonton Nur Kasih nih. Aku lupa nak bawak woo..nasib baik tak diperlukan. Hero jantan mana bley nangis tengok filem. Tak kental la. Kiri kanan awek, takkan nak tangkap jiwang lak. Kalo rasa nak, buat-buat batuk.

Tapi tang babak Nur jumpa Adam yang ngah terbaring akibat kemalangan kat rumah Hasan, then Adam hulurkan cincin perkahwinan kat Nur, dengan background&flashback scene, memang aku takleh blah. Awek Kg Idaman kat sebelah kiri, leh lak sound aku, " lap air mata , meleleh dua titik tu...." ..awek pakai tube kat belah kanan dah ushar-ushar...

demm...tak sempat nak buat batuk-batuk...



Rating : Terbaik antara terbaik bagi kategori Filem Melayu..hehehe..9/10 aku kasi. aku rekemen geng-geng kongsi gelap KL gi tengok sekali. Seb baik filem ok, kalo tak sia-sia Fizz Fairuz yang dok seat belakang aku kena kutuk....






16 comments:

achik ezam said...

ni yg buat nak tengok neh..

J.M.R said...

@achik : baik tengok cpt2..kalo tak, tak feel dah sbb asik baca review org lain.kihkihkih

Kancilbiru said...

ko ni....meronta2 aku nak pegi tengok..

hahaha...menangis tak mau ngaku ke? ke mata masuk habuk...:P

ejaMaria said...

oh... ni yg tak sabar nak tuntut janji nih...

janji org nak belanja tengok wayang... ;p

hazman aka species1980 said...

hahahaha....aku dah agak...mesti bro tangkap nanges punya....ngeh3x....

J.M.R said...

kancilbiru: menghayati okkey..

eja: bila sis nk blnja sy lak??:-p

hazman: jiwa wa runtun..brengsek...

mamai said...

bro lu dah tukar jadi pengulas filem lak yer....apa khabar tiz

cham's said...

masih tak sempat nak gi...tapi masih berkobar2 ni. check my sched tuk diz movie hehehe

azieazah said...

Akhirnya, jiwa kental kebal seorang jantan sudah sikit cair kerana filem ini...!

yes!

Haryati Molly @ Tunung said...

I am not fan of Malay movie but I will definitely going to watch Nur Kasih the movie since I am one of the Nur Kasih series fan..

To review this movie, I have 1st to watch it..

By the way, I am not agree with your statement about " Hero jantan mana boleh nangis"
To me, your masculinity have nothing to do with tears.. It's all about your manner and behavior..

Well, peace no war okay!

bee2312 said...

mmg betul ker fizz fairuz duk kat blakang??

Kak Aya said...

macam nak pergi tengok sekarang jugak bila baca entry ni.

CintaZulaikha said...

baru tgk ptg tadi...sgt beshhhhh...tak rugi la tgk..

Gieyana said...

best gak filem nie..tp sstgh babak tue mcm x real jer kan..

Rollo De Pedicula said...

ada orang kutuk fizz fairuz ke?
hahaha
apa2pun filem nih memang best

kalau sudi bacalah review filem nih di blog saya

Review Nur Kasih The Movie

mummysyafie said...

hahahaha....kan nanges gak, orang dah pesan bawak tisu takmo dgr..degil dak Jamar ni