Wednesday, May 25, 2011

Movie Review : KL GANGSTER


Selepas kejayaan filem Khurafat, sekali lagi Syamsul Yusof bakal muncul dengan karya terbarunya, KL GANGSTER. Turut membintangi watak utama dalam KL Gangster ialah Aron Aziz, Adi Putra, Sofi Jikan dan Zizan.

Filem arahan Syamsul Yusof kali ni memberi sedikit kelainan kalau dibandingkan dengan filem-filem arahannya sebelum ini. Sepanjang tayangan KL Gangster, tiada satu pon scene yang melibatkan adegan cinta. Daripada awal sampai ke akhir, kalau takde scene tumbuk dada, sepak betis, kompom ada scene tumbuk sampai pecah muka.


Meh aku kasi sinopsis sikit pasal KL Gangster nih.

KL Gangster mengisahkan tentang dua beradik yang terjebak dalam dunia gangster akibat kesempitan hidup, seorang bernama Malik(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra). Malik dipenjara akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri didalangi oleh Shark(Syamsul Yusof) iaitu anak tiri kepada ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL, King(Rizuan Hasim). Selepas 5 tahun, Malik dibebaskan dan bertekad untuk 'cuci tangan' daripada aktiviti gangster. Malik ditawar untuk menyertai kembali geng King, dalam masa yang sama Shark cuba menghapuskan Malik dengan pelbagai cara termasuk menggunakan Jai untuk menghapuskan abang kandungnya sendiri. Jai yang merupakan gangster dan geng kepada Dragon(Adam Korie) mula berpaling tadah, dan menyertai geng Shark akibat tawaran wang ringgit yang lebih tinggi daripada apa yang diberi oleh Dragon.  

King tidak berpuas hati dengan sikap Shark yang selalu mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan kongsi gelap lain. Shark dibuang daripada menjadi ahli kongsi gelap King. Shark yang tidak dapat dikawal lagi, mengamuk sakan dan membunuh Fadil(Zizan) dan mula berdendam dengan bapa tirinya sendiri, King dan Malik. Baginya, Malik adalah punca segalanya. Dari sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan, nyawa dan juga harga diri. Malik berjuang demi mempertahankan keluarganya, rakan yang setia dan juga maruah harga diri.

Untuk kesudahannya, aku rekemenkan korang pergi menonton sendiri KL Gangster yang bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011. Series best untuk filem Melayu genre filem aksi. Pure filem aksi, 95% adegan bertumbuk akibat ikutkan nafsu amarah dan tamak.


Biasanya, untuk filem aksi, apa yang aku titikberatkan ialah kualiti scene shot aksi yang dipersembahkan. Dah namanya aksi kan, sure la pergerakannya laju kan. Untuk KL Gangster, 95% aku berpuas hati. Setiap tumbukan, sepakan, penampor ke aku leh nampak dengan jelas. Maknanya, imej tak blur dan menyakitkan kepala hotak bila ko fokus masa scene ngah gaduh atau bertempur, 


Salah satu lagi kekuatan filem KL Gangster ialah lawak oleh Zizan. Walaupun memegang watak Abang Long Fadil, tapi sikapnya yang gila-gila dan konon-kononnya gangster hebat, membuatkan jalan citer filem ni tidak terlalu series. Buhsan gak kalo the whole citer, asik pasal kongsi gelap, gangster, gaduh, penumbuk je kan. Bijak strategi production yang menggunakan Zizan Raja Lawak untuk menaikkan mood penonton. 


Mungkin ada yang mempersoalkan penggunaan bahasa yang kasar dalam KL Gangster, tapi bagi aku, itu bukan satu isu yang besar sebab pengarah cuba menonjolkan kisah sebenar kehidupan gangster & kongsi gelap. Kalau tak, takke pelik lak, lepas tumbuk sampai pecah muka kawan tu, cepat-cepat angkat membe tu sambil hulur tangan buat-buat baik, " Awak ok ke? Saya tak sengaja, kenapa awak tidak mengelak?. Mari saya bawak awak pergi klinik"..eihh tak sesyuai okkey..


Untuk overall, aku leh cakap filem ini berbaloi untuk ditonton. Dan apa yang dipaparkan adalah realiti sebenar dunia gangster di luar sana. Jadi, guna akal otak di kepala atas, bukan di kepala bawah, dan nilai sendiri mana yang buruk, mana yang baik. 

" Abang besar sudah keluar, gua ingat lu sudah mampos "


Review KL Gangster ini terhasil selepas 'pratonton untuk media&blogger kacak' yang diadakan pada hari Isnin, 23 Mei 2011 di Cathay Cineplexes.

Tenkiu Cik Hel atas jemputan ini.

15 comments:

L@dykiki said...

yeah tak sabar nak tunggu filem ni!

maslinamansor said...

kalau Aaron aziz berlakon... memang best... berketul2 badan.. :)

NenekPenne said...

will think about whether to watch it or not...

Ujang9897 said...

wei...!!


sekarang gua duduk bawah SHARK..!!!

lu jgn bikin kecoh ini tempat..hahaha


tggu review dari aku esok..gambar tggl umh..=)

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... review gaya wartawan hiburan pro laaa....kalau shamsul baca sure dia ajak bro pegi press screning lagi....huhuhu

rizalhana said...

macam best je. Tapi ala2 cerita gengster & kongsi gelap filem hong kong je kan

Cik Norfa said...

tak aci tak apt pegi..keje... majuk!

speckurosaklagi said...

nape spec tak dpt invite tuk tgk???

Ardini Humaira said...

tak aci... jeles! jeles! jeles!

nUR_rOsALiNdA said...

Macam best je cite ni..Haruss tgk ni

kak ina kl said...

kata untuk bloggers lelaki..apasal ada 2 orang blogger wanita tu ek.

rumah anak kat belah utara..memang sejuk giler lagi..kat london dah kurang sejuk dah

~kuyam~ said...

xda cintan-cintun ke?ahaha,xmint dh la :P

enyheartsdiamond said...

oh adi putra <3

qellissa said...

suka tgk citer ni coz ada Aaron yg hensem dan Zizan yg gila2 tu..hope best lah citer dia..=)

lagenda said...

Alo bang, leh amik autograp si samsul? ekekeke