Tuesday, May 3, 2011

Fast & Furious 5 : Tak Segempak Namanya

Aku pasti, bukan takat kaki race je yang tertunggu-tunggu filem aksi Fast&Furious 5 ni, tapi mat rempit juga. Daripada teaser&trailer yang dah beberapa bulan dimainkan sebelum ni, pasti yang menunggu akan lebih teruja. Paling menarik, watak-watak utama yang pernah muncul dari awal tayangan siri filem Fast&Furious ni, bergabung dalam Fast & Furious 5 kali ini. 
 Dalam siri kali ni, Brian O'Conner & Dom Toretto mengetuai aksi gabungan bersama Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Chris Ludacris, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, tego & Don Omar dalam misi menghapuskan aktiviti haram mafia Brazil. 
Komen aku, Tak Segempak Nama Fast&Furious untuk aksi kali nih. Banyak kekurangan dari segi aksi pemanduan berkelajuan tinggi dan skill yang gempak. Kali ni, lebih banyak aksi ganas daripada aksi mengdrive kete tahap dewa. Lebih banyak adegan sepak menyepak daripada aksi memecut laju. Apakah? Expectation aku, aku mahukan aksi gile dalam memandu, memecut & berlumba, bukannya tembak-menembak, dah namanya Fast&Furious kan...
The Fast & Furious 5 bukan feveret aku & tetap takleh kalahkan 2Fast&2Furious. Tapi masih berbaloi untuk RM13, 1st day tayangan di Malaysia & midnite timing..kurang-kurang lagi okkey daripada ko layan citer Dilarang Masuk ataupun Seru yang sedang ditayangkan di pawagam berhampiran anda...kahkahkah....

Aku kasi 7 daripada 10 bintang..


12 comments:

ejaMaria said...

la... ye ke... baru nak jengah panggung... tak jadi la... tunggu dvd kuar je la...

Peri PiA said...

ade the rock :D

BeaN MorENo said...

owh ok aku rasa macam nak pi tgk

MaMa AiNi said...

nak tgk movie..hb kata nanti beli dvd je...ha 2x...

shah-kayrul said...

dah lama gak tak layan citer nie...tup-tup dah Fast & furios 5....

hazman aka species1980 said...

in term of racing kete memang kurang.... more on action laaa.....

Lagenda said...

hohoho..mak tak tgk lg citer ni. Yg peliknya, tak terasa pun nk tgk!

Miahahahaha..

CintaZulaikha said...

nak tgk the rock je gamaknya~~

NuNu EeRa said...

still pk cmne director die dpt idea nk m'curi tu.. best2.. hehe..

mya said...

baru igt nak tonton. ermm..

Halen said...

baru ingat nak pi tgk.

♥sophie♥ said...

ykew ?? tak bole jadik,, nak tengok jugak nak tengk jugak, hoho

fie pon nak tgk aksi memandu. tp xkn puas aty kalau tak tgk sendiri kan

http://sophieeliscape93.blogspot.com/2011/05/fast-and-furious-5.html