Tuesday, May 31, 2011

Faris Afandi - Photographer Kami

Sabtu, dua tiga hari sebelum nih, aku terpaksa kije lebih masa untuk mencari sesuap nasi kat Majlis Perkahwinan saudara Hafidz & Mohaini. Takyah aku nak citer sapa diorang ni, korang tak tahu pon. Alhamdulillah, bukan sesuap nasi je aku dapat, siap dapat tapow satu full set nasi kenduri lagi. Tu je aku nak citer, nanti aku hupdate gambar-gambar pada hari tu ek. 

Kat bawah ni bukan aku yang tangkap. Ye la, dah aku sendiri yang dalam gambar tu kan. Ni hasil budak yang kadang-kadang cam tak betul ada gak. Sebabnya ni first time aku jumpa wedding photographer yang tertinggal kamera masa nak buat, tapi beg kamera segala bagai bawak lak. Nasihat aku pada sesapa yang terlibat dalam bidang ni, seterer mana ko pon dalam bidang ni, gear/kamera tu paling penting. Pakcik&makcik yang ngah basuh pinggan pon leh gelak dan rasa nak campak je pinggan tu kalo ko amik gambar pengantin ngan comolot guna kamera henset & speedlight Sb900. Apatah lagi aku, rasa nak sepak je..sekian..*nasib baik dia patah balik amik kamera tu....

Kat bawah ni hasil budak tu..sesaja buli & amik kesempatan suh amik gambar aku ngan awek kg. idaman. Gambar ngan awek lain, aku simpan luh, line tak clear...

kahkahkah....







Gambar last ni dah jadi gambar profile fesbuk aku. Sebelum tu gambar ngan Lisa Surihani, since semalam  tetiba bertukar gambar ni. heran tol..di luah mati mak, ditelan mati bapak..risau lak..apala aku nak bagitau lisa pasni nih....:-(

* jangan tanya aku belajar mana pose-pose tu okkey..hempuk kang!

11 comments:

lagenda said...

sesekali jurufoto jd model, ok gak..elleeeeeehhhh bkn mak tatau apa motip ko buat cenggini JMR..ko pektis nk hamik pic utk wedding ko nnt kan?

Yelah..ye lah..sblm kekok kena buli dek jurufoto yg dilantik tu kang, baik la pektis awai2

miahahahahaha..

daniadanis said...

haha..blaja mmano pose gamba ke-4? nway nice combination of cik nunu & jmr!

J.M.R said...

lagenda: memandai la mak nih. kawin tangkp gmbr sndr okkey.save bajet

adani: gmbr ke 4 tu? dlm kamera lain act, masuk blog jadi lain..musykill

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or submit your blog postings to be part of the big collection.

Anna Boleyn said...

boleh tahan cantik gak gambar die amek. suke gambar no.4 & 6!!

CintaZulaikha said...

ciss ...lisa kohnon...kakkakka

puteri kasih said...

belajar pose kat mana ni?...hehehe...larikkkkkkkkkk sebelum kene hempuk

hazman aka species1980 said...

ada gaya cam model majalah dah nie....ada bakat jadi talent rupanya bro nie...

NuNu EeRa said...

haha.. pose yg merosakkn gmbr.. nsib baik gmbr last tu sgt mabeles.... ;)

perondajaketbiru74 said...

As Salam bro...kalau beginner apa dslr yang lu rekemen nak pakai?

Peri PiA said...

0sweet bangat :)