Wednesday, April 27, 2011

Mutu Perkhidmatan Pelanggan di Malaysia

Kalau John Terry tanya aku pasal mutu Perkhidmatan Pelanggan di Malaysia, aku akan cakap dengan muka sangat konfiden, "S.U.C.K...."

Kenapa?

Malas nak ungkit citer lama, so aku hanya akan libatkan cerita terbaru. Alkisahnya, aku perlukan satu dokumen penting dengan status URGENT. Aku mintak daddy aku hantar dengan khidmat penghantaran ekspress seperti yang dijanjikan. Jadi semalam, daddy petang semalam, daddy aku hantar le menggunakan servis Citil***, katanya pagi esok konfem sampai.

Now, dah pagi seperti yang dijanjikan. sampai le jam12pm, tak muncul-muncul lak. Sesat jalan pe mat despatch diorang ni. Kalau sesat, call le aku, kan ada nombor tepon aku tu. Tak cukup topup kot..

Malas nak tertanya-tanya tentang status barang tu, aku call khidmat pelanggan diorang. Pehal semua mesin yang jawab nih. Dua tiga kali call, baru la orang yang jawab. Ingatkan aku dah salah call ke alam lain dah tadi..

" Saya nak tanya status penerimaan pesanan saya, dari Jertih ke Damansara..ref number 123 4567 8901 2345.." 

Terus aku bagi reference number untuk diorang check lokasi dokumen aku skang nih..

" Err, dokumen encik masih dalam perjalanan..."

" Maksudnya? dokumen tu ada kat mana skang nih? Bila saya leh terima?" tanya aku untuk satu kepastian.

" Tak pasti, tapi dalam perjalanan...hari ni atau esok kot.." 

Jawabnya selamber tanpa nada kemesraan sebagai petugas di bahagian khidmat pelanggan. Acuh tak acuh je, macam baru bangun tido pon ada. Say sorry or something yang leh make calm pelanggan yang menunggu  ni jauh sekali. Seb baik aku tak nampak gaya muka dia camana, kalo idak...

Sebelum aku mengamuk, bek aku matikan talian terus..Satu sebab, piagam pelanggan cakap, dokumen tu akan sampai pagi ni, pagi bermakna sebelum jam 12, ini dah dekat jam 1, sampul surat dokumen tu pon tak nampak lagi okkey....ok, itu aku tak kisah lagi sebab maybe dokumen tu akan sampai petang nih. tapi tang mamat yang angkat call tu yang takleh blah..terngiang-ngiang lagi nada suara lelaki pemalas tahap cipan itu..

Eh, sebenarnya diorang ni, sebelum commencement kije kat bahagian tu, tak dibagi training ke, at least cara-cara berkomunikasi dengan pelanggan. Berkhidmat dengan mesra sekurang-kurangnya, even dalam phone je, tapi still, nada kemesraan tu kena jaga kan. Am i right?

Realitinya, aku sangat sukakan cara orang Jepun menjalankan servis khidmat pelanggan. Dari segi intonasi suara, perkataan yang diorang guna, dan etika kije diorang, sangat berbeza dengan apa yang aku alami tadi. 

Susah sangat ke nak bermesra-mesraan dengan pelanggan?



11 comments:

Peri PiA said...

xpenah kena :(

byk blh blaja etika tu dgn org jepong

cikpia said...

tapi orang malaysia jawab tepon memang camcibai...... bukan semua la.. sesetengah tu punya la baik, mesra jawab tepon. rasa nak bergayut terus ngan diapun ada. ha ha.....

NuNu EeRa said...

tu la.. xrespect lgsug.. die tak kenal ke jamar tu sape.. meh cni tolg bgtau..

Ardini Humaira said...

nyampah ngan operator celcom. dni tepon tanya nape skang tak leh hanta mms. kalo mms nanti kredit ado 50rgt, 50rgt ditelan tapi mms tak sampai2... dah tuka setting bagai tapi tak jadi2 juga. dia cakap tak leh wat ape. honggek! padaal malas nak settlekan. biasanya boleh je. dah sebulan dni tak hanta mms sebab benda ni. akit ati dah nak tepon centre tuh

lily lotus said...

indah khabar dari rupa. cuba yg lain pulak

Redbloodsnow said...

aku benci kalau org gitu taw. rasa nak hempuk je!

Kujie said...

kan...mcm benda ni dok tang tu juga tak berubah mana pun.

kak jie komplain or chicken chop kfc tu, hari ni dia dah call minta maaf...gunakan hak pengguna kita

Dee said...

sbb tu sy pilih co courier yg international..byr mahal sket..tp puashati..walau company local byk tp kalo servis hampeh..buat sakit hati je..sabar jelah..

J.M.R said...

dee: btol tu Dee..better yg interntnl co courier..hamjadah tol..tak smpai2 smpai skang..

Mya said...

kalau rasa tak mesra pelanggan cer mintak tukar section.
buat admin ke, accounting ke.
org2 ceni kerja mcm kena paksa je kan?

CintaZulaikha said...

org jepon bersemangat nak wat keje..org kita terlebey makan nasi lemak, jawab pon cam lemak jek..huhu~~