Wednesday, April 27, 2011

APERTURE: Majalah Fotografi Terkini

Assalamualaikum dan haiiii korang....:-p

Yang berada di ofis, mesti menghitung saat nak rembat balik rumah kan. Sabar sabar sabar..Aku lepak je. Dari tadi dok layan DVD, sampai terlupa yang aku kena hupdate blog. Yes, rugi le kalo tak hupdate, kesian tengok si iklan dok menari-nari kesepian tu..

Sejak 2,3 minggu ni, eh ke dah empat minggu ek, hidup aku dah macam tidak keruan. kahkah..'tidak keruan' tu apa maksud dia ek? peduli lak, janji macam masuk je ngan rutin harian aku berminggu-minggu sebelum nih. Tapi 'it was okkey..' sekarang agak lapang kot, doa-doa la biar kelapangan masa ni berpanjangan sikit..huhuhu..so, semalam amik le masa jap gi MPH kat OU. Dah lama tak ushar majalah. Bulan-bulan, paling tidak pon aku akan beli senaskah majalah, tak kiralah sekadar hiasan atau aku membacanya. Biasanya, bulan-bulan majalah DCIM le aku angkut, leh buat-buat tambah ilmu teori dalam ilmu foto. Janji ilmu gak kan..

Setengah jam membelek DCIM edisi terbaru, aku terpandang ngan satu majalah nih. APERTURE..gambar cover, bangunan KLCC. Bunyi aperture tu cam omputih, tapi tengok isi dalam, ayat sumer dalam bahasa. Pelan-pelan aku belek, muka selamber, taknak bagi nampak jakun sangat kan..Not bad dianyer content. Dalam bahasa dan lebih mudah untuk aku fahami. Aku le, korang lak taktao le kot-kot tak faham bahasa..kahkahkah...

APERTURE ni adalah majalah fotografi terbaru yang berada di pasaran di Malaysia nih. Isi kandungan sumernya dalam Bahasa Melayu, mungkin market target adalah orang Melayu. Dan rata-rata personaliti dalam bidang foto yang ditampilkan dalam majalah ni, adalah orang Malaysia sendiri. Isi kandungannya boleh aku katakan berkualiti, dan tak jauh beza dengan majalah fotografi edisi bahasa asing lain. Ada tips-tips  fotografi, ada info-info terkini berkaitan dengan gadjet-gadjet foto terkini, dan juga pilihan gambar-gambar menarik yang dihantar oleh jurufoto-jurufoto pro & juga amateur.

Yang aku beli semalam tu, sudah pon edisi kedua. Edisi pertama memang aku tak sedar langsung kemunculannya. So, sesapa yang tambah ilmu dalam bidang ni, dan untuk lebih senang memahami, aku suggestkan pergi dapatkan majalah ni di pasaran..RM8 je senaskah, tapi worth it okkey...


9 comments:

NuNu EeRa said...

layan DVD yek.. ckp kat en a-h---.. heheehe..

daydeck86 said...

mana nak beli ekk???

hazman aka species1980 said...

hurmmm...carik kat MPH yang berhampiran nie... akhirnya ada gak majalah fotografi edisi bahasa melayu... nak langgan terus laa

Redbloodsnow said...

haa bgs ko layan mag cam gnie JMR. leh tajamkan lg skill photography ko kan..hehe

CT said...

bagusnya...timba ilmu yg baik leh masyukkk...:)

Ardini Humaira said...

t leh dni pinjam buku tu kih3

bee2312 said...

hmm..nk cari jugakla..boleh hadiah kat en suami..ada ker kat kuantan ni ha???hmmmm....

enuLwanie said...

bro, saya dah beli 1st edition.

Cendana Kasih said...

TQ Bro for this info..mmg tengah cari majalah fotografi mcm ni.. tp kat kedai mamak ni takde la plak..ni nk kena ke MPH gak laaa...