Wednesday, March 9, 2011

Meatball IKEA : untung dua biji bebola

Ermm..dah macam menu wajib mingguan aku lak ke sini ye. Bebola daging atau Mat John panggil menda alah ni, "meatball" !! Aku tak biasa beli 5biji, sebab kompom tak teralas perut, kurang-kurang aku akan beli 10biji, barulah dikatakan makan malam kan. Tapi aku taknah beli lak yang 15biji, sebab taknak makan ikut nafsu plak kan. kahkahkah.

Harga meatball ni RM10 untuk 10bijik. Tapi ada gak RM5 untuk 5biji, RM14 untuk 15biji.Ok, aku tak ambil kira yang 5biji dan 15bijik. Mengikut perkiraan aku, 10biji meatball dengan jejari kentang yang sekadar agak bilangannya adalah menu yang seimbang untuk seorang makan. Nak seimbang lagi, makanlah di hari Selasa, sebab harganya akan jadi RM8 untuk 10biji. Seimbanglah sikit kan poket tu.
Bila la nak putus nafsu lahap kat meatball nih ek? RM10 untuk 10bijik, kalo beli cucur udang kat makcik tepi longkang kat ngan Shell Sri Damansara RM10, mahu kenyang sampai pagi esok.
Chicken perisa lemon. Eh, ke lemon perisa chicken? Dimakan bersama ubi kayu rebus dan lobak merah kurang masak. Sos tu ada rasa-rasa herba, mungkin manjakani atau kacip fatimah, cam pelik je rasa dia. Orang Swedish memang makan style gini ek??
Jemput makan ye. Wajib baca bismillah k, kalo idak, 10bijik meatball tu rasa cam 5bijik je. Aku pelik gak meatball ni, tahun lepas rasanya macam lagi besar. Tahun ni nyer, rasa cam makin kecik je, tapi harga still sama. Nak gak tanya abang janggut tu, " Bang, ni bebola daging bapak lembu ke anak lembu?! makin kecik ni bang!!! dan tu ada yang overcook nih..."

Burrppppppppppp....

12 comments:

Kancilbiru said...

dalam dok bebel2 tu burrppp sudahh....hehehe

ok la tu KB ni tak pernah makan lagi meatball tu apa cer?? :P

Imzainieyzulkipli said...

warghhhh! nmpk sedap tue bro!

azieazah said...

10 biji utk 10 kali kunyah. Memang ler terasa makin kecik. hehehehe

sila.. sila. Selamat makan. Jangan lupa lap mulut.

Antara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!

cek chun said...

ni yg malas masuk blog jmr nih.
dah setahun tak pekena benda alah ni tau :(

CintaZulaikha said...

bagos tul letk hrga ngn bapa byk bnda kat dlm pinggan tuh,,,pasni klu gi ikea, nak try pastu nak kira gak lah bape ada meatball dlm pinggan tuh...hihihi

Filla ~ Kasihs said...

haishhh..meatball makin kecik ke... jmr makin besar nie? haaa jawabbbbbbbbb!

J.M.R said...

filla: pinggan tu makin besor okkey..kahkahkah

kak ina kl (2) said...

sekarang kalau makan meatball ni mcm tak puas sebab dah kecik sikit...ayam lagi sodap

bila borak dgn mama nunu macam bestlah pulak..

shah-kayrul said...

tak pernah makan lagi meatball nie..kecik bebenor aku nengok...kenyang ke idok nie....

amry said...

kahkahkah...nak tergelak aku ko ni membebel..hahahaha.....10 ketul 10 henggit???boleh tahan la jugakkkkk...makan hari2 mau bankrap.hehe

ayat terakhir ko membuatkan usus aku nak terburai la bro.adehhh..huhuhuhuhuhu

Dakjaat said...

Waa... harus cuba ni.. kat IKEA yang dekat dengan One Utama tu ke? :D

seringgit sebijik... dah jadi macam pakej wifi kat rumah aku.. Sehari seringgit.. Hahaha :D best2...

Salam ziarah dari Dakjaat
Admin Blogger's Malaysia FB
(http://dakjaat.com)

mamasuri said...

serius cakap..aku tak pernah telan meatball ikea ni..
sbb setiap kali kuar ikea je dah penat..tgk ramai orang...
tak kuasa mak..
baik berhenti beli goreng pisang kt sd tu...ubi pun sedap gak..hehehe