Wednesday, February 9, 2011

Fotografi Jarak Jauh

Orang cakap, tak semestinya apa yang kita rancang awal-awal dengan teliti bakal menghasilkan situasi yang kita ingini. Kadang-kadang faktor lain akan mempengaruhi keputusan yang terakhir. Dan aku setuju sangat. Apa yang penting, rilex2 sudeh, jangan menggelabah, sebab setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian. Kecuali MATI...*insap....~

Plan untuk fotografi perkahwinan cik Siti Amiera dah dirancang sejak 5,6 bulan yang lepas. Semua berjalan dengan hampir sempurna bak kata omputih. Tapi pada dua minggu sebelum berlangsung tarikh perkahwinan diorang, tetiba dalam schedule, aku terpaksa outstation ke Europe. Demmit! Mula-mula tu berdoa gak minta-minta outstation aku tu ditunda kasi lewat-lewat sikit, tapi bila aku rasa-rasa cam doa aku tu ditolak, plan B harus dicari. Gelabah gak memula, tapi masih terkawal. Omputih cakap cool...Ommelayu cakap kull(sambil muncung2kan bibir tu)...kahkahkah..

Aku landing di KLIA pada pagi Ahad, 30Januari2011 tapi wedding Amiera 29 & 30 Januari 2011! Aku dengan pendirian aku, better bekerja dengan orang yang mempunyai minat/passion&komited dalam sesuatu perkara walaupun dia masih baru BERBANDING bekerja dengan mereka yang sudah lama dalam bidang tersebut tapi tak mampu bagi komitmen&passion yang nak tak nak.   

Pendapat aku, bisnes fotografi perkahwinan/wedding photography ni bukan hanya sekadar ko ada kamera, reti snap gambar & tahu nak wat editing sahaja. Tapi paling penting, how u manage all the things, daripada perbincangan peringkat awal dengan bakal pengantin, diskas pasal harga & cara penghasilan album, camana ko urus masa semasa majlis, camne attitude & cara berkomunikasi dengan orang ramai di majlis, dan cara ko manage pengantin untuk menghidupkan suasana semasa penggambaran(posing).

Thanx God. Saat-saat akhir gini, ada gak pilihan untuk aku. Dengan penuh kepercayaan, aku serahkan tanggungjawab kali ini pada cik Nunu selepas dipersetujui bakal pengantin. Dia je aku rasa leh handlekan semua sebab lately ni memang aku bawak dia daripada peringkat awal perbincangan dengan bakal pengantin sampailah proses editing album. Cik Nunu dibantu dengan photog Faris, Afis & Zack. Segala perbincangan aku dengan cik Nunu hanyalah melalui email, sorang di Malaysia, sorang lagi di London. Bila dah dalam email gini, nak komen marah kaw-kaw pon dah takleh, layankan aje le kan. Memang serah bulat-bulat kali nih. Dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. 

by Afis
by cik Nunu
by Faris
by Zack.

Majlis pada hari pertama berjalan dengan lancar. Not bad hasil diorang nih even ada yang masih terlalu baru dalam bidang ni. Tapi aku boleh nampak minat dan passion yang mendalam diorang dalam bidang nih. Bagus-bagus..tak semestinya korang masih baru takleh menghasilkan karya yang disukai. Janji kena berusaha untuk dapatkan yang terbaik, syabas KORANG!

30Januari2011, landing time di KLIA pada jam 8.30am, sempat gak aku ke majlis diorang pada jam12pm.  Hujan sepanjang hari okkey dan badan penat bukan kemain, seb baik tak jetlag je. Huh! Bajet nak snap-snap pengantin, tapi cam takde mood sangat coz gear aku buat hal. Bila snap, tetiba wap air kuar kat depan lens.  Woit, kita kat Mesia dah ni wehhh!! Hampehs...
 Hujan-hujan pon redah gak nih. Sampai kantoi boxer kaler biru...kahkahkah..Thanx korang sebab cover aku!!!


10 comments:

ardinihumaira said...

comel2 gambo JMR ambik :)

baincardin said...

mahal boxer tu. hehe ^_^"

- zuriey - said...

nice pic..i like

saya_arief said...

smart.
:D

saya_arief said...

smart.
:D

NuNu EeRa said...

kite suke.. dpt jdi PM.. hehe..

cikpia said...

ada chance la saya kawen nanti anda berdua amikkan gambar ek??? =)

Lagenda said...

I liokee kaler biru!! hahaha..

no bad la cik nunu amik pic. Nnt turunkan ilmu pd mak plak yek jmr

speckurosaklagi said...

wah cik nunu....pewrnah jumpa dgn dia...

kagum ngan hasil dia...

amry said...

aaarrrggghhhhh!!!
aku tetiba minat photograpy ni sejak sepupu aku beli DSLR (Betul ker DSLR. haha) Grrr....kalau dapat sebijik, memang best derrrr....
sudut gambar yang diambil oleh afis menarik. tapi gaya pengantin tak kena. hahahahahahahahahahahahha..juri tak diiktiraf bagi komen. sapa2 nak sekeh kepala lutut aku, dipersilakan :P