Monday, January 31, 2011

STATUS 31Januari2011 : Penat Giler Weih

Alhamdulillah, setelah 9hari kerja luar yang amat memenatkan, finally, semalam aku dah leh baring atas tilam feverett aku sendiri. Tido dari jam8malam, terbangun jam11malam, masak megi dan belasah sorang-sorang sebab malas nak cari makan kat memana kedai mamak..then kol2pagi sambung tido balik.tetiba terasa penat gila plus ngan hujan sepanjang hari sampai ke pagi tadi, lagi lena diulit mimpi ler. So sesapa yang call/sms aku semalam, sorilah, memang angkat tak angkat je, reply sms memang tak mampu le..hari ni baru kita start deal mengedeal balik ye. Kat ofiz rini pon, macam fikiran still lagi shutdown je, till lunchtime taktao apa yang aku ngah buat..demmit!
Salah satu kepenatan yang amat sangat hari disebabkan rehat yang tak sempat nak cover semalam. 17jam perjalanan termasuk transit 2jam kat Doha dari Londan, hanya aku sempat lelap tak sampai 5jam. Selebihnya layan movie, layan stewardess dan layan tengok kepulan awan memutih je sepanjang perjalanan sambil dok fikir-fikir masa depan yang masih lagi samar-samar subuh hari. Elok je touch down kat KLIA, satu baggage bos sangkut lak, tertinggal either kat Doha atau London. Dahla atas nama aku, so aku yang kena setelkan claim & report segala bagai. Dekat-dekat kol10pagi baru leh rest dalam kete, seb baik cik Nunu sanggup jadi pemandu setia, oh ya bukan rest gak, terpaksa melayan cerita cik Nunu plak. kahkah.

Lagi memenatkan, seperi gambar baju di atas, kitorang terus ke rumah pengantin a.k.a client(Siti) yang dah book untuk service fotografi perkahwinan diorang. Sumpah, ini sangat kerja gila. Tapi, aku amik dari sudut positif & atas nama tanggungjawab. Thanx God, even last minit aku terpaksa pergi outstation, seb baik ada geng-geng photog si Faris Afendi yang sanggup on behalf of me jadi photog untuk perkahwinan diorang. Majlis pada hari Sabtu, memang fully incharge by diorang. Dan aku tengok gambar hasil diorang pon, excellent punya gambar. So no worry anymore! Yang semalam pon, aku just pergi tengok-tengok diorang, tak perlu aku shot sangat. Nampak komitmen&passion diorang dalam bidang ni. Aku lagi suka bekerja dengan mereka yang mempunya komitmen&passion yang mendalam walaupun mereka ni masih baru dalam bidang nih daripada mereka yang terer tapi poyo. Dan ternyata hasil mereka yang mempunyai komitmen&passion pasti tidak mengecewakan. Tahniah untuk korang-Faris,Afis, Zack & cik Nunu selaku PM!

Dah la membebel, stop for now. Esok cuti Hari Wilayah tapi yang menjadi persoalan, kenapa kena kerja hari Rabu sebelum beraya di hari Khamis...aiyaaa........

11 comments:

::alwaniamalini:: said...

hoh amik upah photographer ke..mintak kuotesyen buleh? :D

CintaZulaikha said...

sb encik JMR bukan org cina, bley tak terima jawapan tuh..

Bro Framestone said...

bak no tepon.. lain kali sennag nk kaco ko tidur he..23x

ardinihumaira said...

bestnye kalo dni ado fotografer jugok.. loni tak dop amik pakej pom.. adik je yang jadi tukang amik gambo sob sob...

NuNu EeRa said...

balik nnti smbug tido ye, dear.. ;)

Adinda Amy Sensei said...

salam...

amboi..bz betul JMR ni..hehe

Marissa Norfis said...

habis merantau sempat g selesaikan kerja n update blog..mmg style!! *thumbs up*

Lagenda said...

selamat kembali ke katil sendirik ye JMR.
Dah x windu la org tuttttttt kan?? Hahaha

mummysyafie said...

hari Rabu takyah kerja kalau kiter amik cuti..huhuhuhu....

Redbloodsnow said...

bestnya uols cuti wilayah arini..huhu

amry said...

uiks. ko photograper ker bro?
damn!! terlambat komen sudahhh...huhu