Wednesday, January 12, 2011

SECURIFORCE hempap teksi&motor : Berpantang maut sebelum ajal

Lihat gambar di atas, pasti terkejut & tertanya-tanya apa nasib pemandu teksi yang dihempap lori Securiforce yang pasti lebih daripada 5tan, aku tak pasti berapa berat lori tu. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.35pagi di jalan berdekatan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Pudu. Puncanya, bahagian atas lori Securiforce melebihi had ketinggian yang ditetapkan untuk melalui laluan bawah flyover, menyebabkan lori tersebut berada di luar kawalan dan terbalik menghempap teksi & sebuah motosikal.
Anak panah pink menunjukkan sebuah motosikal total lost dihempap lori tersebut.
Nasib masih menyebelahi pemandu teksi dan juga penumpang. Disebabkan divider kat tepi jalan itulah yang menahan lori Securiforce tu daripada terus menghempap diorang. Series, aku rasa kalau takde benteng tu, lenyek diorang kena hempap kot. Aku tengok penumpang berbangsa Arab tu meggigil semacam je, mungkin tak percaya yang dia still alive kot. Dan pasti, kejadian ini adalah kenangan yang paling pahit dia sewaktu di Malaysia.
Inilah pemandu teksi tersebut. Tak putus-putus bibir beliau mengucapkan kata syukur pada Illahi sambil dok bercerita balik saat-saat kejadian. Hanya abang ni kesal, pemandu lori Securiforce itu tidak sedikit pon membantu dia keluar daripada teksi tu, tapi terus melarikan diri. Memang takde sikap bertanggungjawab langsung. 

Inilah yang dikatakan 'Berpantang maut sebelum ajal..' Biar seteruk mana pon malang yang menimpa, tapi selagi takdir menetapkan yang kita berhak untuk terus bernafas, hargailah ia Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.

18 comments:

CGG said...

bro!
cgg pun buat entri ni tapi jarak jauh..
opis cgg kat bank rakyat..
kamu tgk dekat ye??

mmg ngeri tadi..
cian driver taxi..

pinjam satu pic ye..

MAMASYAZA said...

semuanya ditangan tuhan, syukur sgt

MAMASYAZA said...

opppp lupa nak say tq so much, pasal info riben biru tu

lionteen said...

ngeri nye..
mintak dijauhkan.
nasib la selamat pmndu n pnumpang teksi tu.

Hamba Allah said...

yg bwa moto tu ok tak?
mcm teruk je dia kena hempap.

a n a s t a s y e a said...

Dahsyat tu .. nasib baik tak mati. Pinjam pic sikit k .. nanti saya bagi kreadit

Seimura said...

PEh, gila ngeri kot? AlhamduLillah selamat.

Tapi motor dan penunggangnye mcam mana?

mzhany said...

seb baek dua dua selamat kan..alhamdulillah...

Hezesuze said...

oh sume selamat ye...dengar gak berita semalam ingatkan da yang parah...

JAI said...

Lu ada masa kejadian ker bro..perghh giloss

hamzah ian said...

gile ah.. dah mcm metro dah.. haha

Kaseh NazLieza said...

lieza penah naik teksi abg ni la...

BeaN MorENo said...

ngeri siot!

NARDtheNERD said...

nasib bernasib baik kannn.... :))

Peri PiA said...

alamak,company iron women

ardinihumaira said...

uisk... ekstrem ni

sw33tdarling said...

kalau tak salah or tak sengaja, kenapa lari ya..? siapa yg nak kemalangan berlaku kan...?

Anonymous said...

miks mitte:)