Monday, January 10, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Suatu masa dahulu, bila mak suruh makan, tersangatlah degil dan macam-macam alasan untuk katakan TAKNAK MAKAN. Sanggup bermain bersama kawan-kawan walaupun perut dah lapar. Bila mak nak upah/bagi gamnjaran something, semata-mata nak suruh makan, baru la bukak mulut, kunyah&telan dan sangat memerlukan masa untuk menghabiskan satu-satu hidangan. 

KINI...
Aku tidak lagi perlu dipaksa UNTUK MAKAN. Aku rela makan tanpa disuruh. Aku mahu berlumba untuk makan. Aku mahu cabaran untuk makan. Aku mahu makan apa jua makanan yang terhidang. Aku mahu makan untuk semua HADIAH ITU!!! Dengan THE MAXIS OM NOM NOM RACE..aku menyahut cabaran dalam perlumbaan makan pelbagai variasi makanan daripada seluruh Malaysia dalam masa yang ditetapkan & menang pelbagai hadiah menarik!



The Maxis OM NOM NOM RACE akan diadakan pada 15 Januari 2011, bertempat di Modesto's Ground Floor, Capital Square, KL bermula jam 8pagi hingga 7petang. 60 blogger daripada seluruh Malaysia akan menyahut cabaran LUMBA MAKAN SAMPAI LEBAM a.k.a The MAXIS Om Nom Nom Race ini. 

Kenapa JMR mahu join Maxis Om Nom Nom Race ini???

Selain daripada makan free sampai lebam, weih makan dari jam 8pagi sampai ke 7petang, cuba bayangkan berapa tan makanan bakal dihabiskan nanti., Mahu kenyang seminggu tu!! In term, Siapa Cepat, Dia Dapat, pasti event ni bakal menyaksikan kemeriahan setiap peserta berlumba menghabiskan pelbagai jenis makanan dalam masa yang ditetapkan. Lumba makan ala-ala Amazing Race ni bukan sekadar menyediakan masakan Malaysia yang lazat-lazat, tapi menjanjikan hadiah yang sangat menarik. 

HADIAH MENARIK!!!

Pertama: Pakej trip ke Hong Kong 3 hari 2 malam dgn kemudahan 5bintang (1 kumpulan) bernilai RM10,000 & 4x HTC Desire Z (setiap ahli kumpulan)
Kedua: 4 x HTC 7 Mozart

Semua 60 peserta akan membawa pulang Maxis goodie bag

Nah, dulu-dulu kalau aku berjaya habiskan makanan, biasa mak bagi upah pemadam atau aiskrim. Tapi kali ni kalau aku berjaya, PAKEJ TRIP KE HONG KONG bernilai RM10ribu & HTC Desire Z bakal jadi milikku!!!  Nak tak nak? Mestilah NAK!!!

Untuk lumba makan kali ni, aku akan berkombinasi dengan tiga lagi blogger yang kuat makan. Anne, Redlinda & AUS. Aku perlukan saiz baju XXL untuk t-shirt The Maxis Om Nom Nom ok. Kami berempat bakal menggegarkan perut kami masing-masing dengan pelbagai jenis makanan yang enak, sekaligus bakal membolot hadiah yang sangat-sangat BEST!
Kami suka makan & kamilah FUDMANIAC! Kami berikrar makan sebanyak mungkin & dalam jangka masa secepat mungkin. Dengan kemudahan Iphone 4 yang diberikan kepada setiap kumpulan lengkap dengan aplikasi Finder301 & juga MAXIS Wireless Broadband, pasti memudahkan lagi perjalanan kumpulan kami memburu setiap jenis makanan.

Kami percayakan MAXIS Wireless Broadband untuk membantu kami di The Maxis Om Nom Nom Race kali ini kerana pelan Maxis adalah yang terbaik antara terbaik.
JOM KLIK SINI: http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp

Finder301 mampu membantu kami mendapatkan setiap lokasi yang kami mahukan. Kami perlukan ia, kamu juga pasti perlukan Finder301 lebih-lebih lagi di The Maxis Om Nom Nom Race!!!
JOM KLIK SINI utk details: http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Untuk blogger-blogger yang kuat makan, jumpa kalian di The Maxis Om Nom Nom Race. Kita tengok sapa yang betul-betul kuat makan..kihkihkihkih...

Kepada FUDMANIAC: SELAMAT BERJUANG!!!

1 comment:

Filla ~ Kasihs said...

ok, if u're selected congrats! but waitttttttttttttttttttttt... hahahah...kami akan menjadi pesaing terhebat anda!!!! tunggguuuuu entry saya..kakakakakkakahhhhh.. mak badan je kecik.. prot mak ada 28 tingkat okehhhh!!!! *peace*