Wednesday, January 19, 2011

KHURAFAT - tipikal filem seram Melayu

Sapa dah tengok Khurafat? Ramai yang cakap best kan? Promo daripada SKOP production, The Making of pon best je kan. Dan ada gak aku baca review daripada penonton-penonton yang cakap terbaik gile Khurafat nih. 

Jumaat lepas aku berpeluang layan Khurafat, support filem Melayu katakan..dengan harapan agak hati aku puas, sekurang-kurangnya tidak sekecewa bila menonton filem Cuti-cuti Cinta tapi dengan harapan lagi best daripada filem Hantu Kak Limah balik Rumah walaupun genre berbeza..hikhik..

Komen aku " Biasa-biasa aje, tipikal cerita seram Melayu............."

Aku mencari kelainan dalam menonton filem seram Melayu. 

Kepada tuan direktor, tolong bikin yg real punya cerita hantu la. Dan kepada FINAS lak, jangan lak dok sekat-sekat hantu tu daripada terus menonjolkan diri. Takkan ngan hantu pon nak berkira FINAS oi....:-p

**KORANG RASA SYIOK BEST GILE TERBAIK KE BIASA-BIASA AJE FILEM KHURAFAT TU???


13 comments:

hOtMaMa said...

dah tengok eh?? biasa jek ke?? laa... br ingat nak pg tgk nanti... agak2 berapa bintang kot?! hikhik.. matilah siap tny bintang neh...kikiki

Mrs Azhar said...

salam.. sy pun ada buat review Khurafat dlm blog sy. & pendapat kita hampir serupa kot. typical. hehe.

ejaMaria said...

emmm... tak jadi la pegi wayang... tunggu CD kuar la nampak gaya nye... :)

Peri PiA said...

xtgk citer hantu hehe

cikpia said...

tak timbul langsung keinginan nak tengok. naper ek??? he he

- zuriey - said...

takla best sgt kiranya eh..baru rasa nak g tngok

lotikus disarimankan said...

a'ah.biasa biasa je..sebenarnya tak berapa seram pun tapi hantu dia suka keluar mengejut membuatkan penonton terkejut lalau melatah lalu melihat dari celah celah jari..hehehhehehe.tapi mcm tak berapa nak faham jalan cerita dia

Kaseh NazLieza said...

biasa jer erk..org lain kata best bangat!!!

Seimura said...

yeke biasa je? ada org kata best. ahhaha. xpe la, pengarah 1st time buat citer seram. ok la kot.

ady said...

senang jer kalu nk wat citer antu ni jd seram giler...amik jer pontianak ke pucong ke yg real berlakon dlm movie tu.confirm semua kena histeria pastu.huhuhu...

Ery Farieha said...

biasa2 je bg aku

mzhany said...

ada yg kata besh..umm duk searching gak ni, suami ajak tengok...tp macam malas nk tgk khurafat ni ;)

Anonymous said...

Tak, prawdopodobnie tak jest