Sunday, January 2, 2011

Farisian9600 Gathering @ Restoran SegiSeri, Shah Alam

FARISIAN 9600 GATHERING 2010 
Bagi aku, bukan mudah, bukan senang dan cukup payah nak buat satu gath untuk mengumpulkan sekelompok besar exstudent SMS Tg Muhd Faris Petra. Masing-masing mempunyai komitmen dan masing-masing mempunyai jadual yang berbeza. Termasuklah aku, Ketua Pelajar & juga Penolong Ketua Pelajar..kihkikih..Tapi..tapi..tapi..jutaan terima kasih untuk Che Zaliati & Maliadie sebagai organizer yang berjaya merealisasikan event "Lepak2,make2 di Restoran Segiseri, Shah Alam" yang telah berlangsung pada malam Tahun Baru 2011.

Gath ni dijadualkan bermula jam 8malam bertempat di Restoran Segiseri, Seksyen23. Ya, alamat yang Malia kasi aku, Jalan Pelabur 23/a. Siap complete address ngan poskod&negeri, cantiklah. Terpikir jap, last minit ke sana kira ok la, on the spot leh jumpa tempat. Konfiden. Amik ko, skali data dalam GPS pon takde, hanya Jalan Pelabur  23/1 yang kelaur. Maybe Malia salah taip sms, pikir aku la kan. Nah amik lagi, sekali kawasan kilang yang hamjad tak nampak langsung bayang dapur steambot. Bagi chance lagi, pusing sekali lagi ikot jalan lain, walaupun yang kelihatan hanya pakguard kilang berbangsa Bangla, eh Restoran Segiseri ni owner dia bangsa asing ke??

Terbaik la Malia ko punyer direction.....Che Zal, tu pasal aku lewat malam tu itau. Tiap tak kisah, penganjur bersama, si Malia lagi la lambat kan! kahkahkah...

Nice gath all..dah lama tak jumpa kawan Farisian9600 aku ni. Ada tu, sampai 10tahun tak jumpa, malam ni la baru kesempatan berjumpa. Dalam masa 10tahun gak, bukan main produktif lagi ek korang, contohnya Puan Hasniza siap bawak dua orang zuriat dan seorang suami..Qwer Rawi & Juzle a.k.a Rowen, masing-masing bawak seorang anak & masih lagi dengan seorang isteri. Malia macam biasa la, bawak Kolid ke mana-mana..kahkahkah..Malia lagi kena...
Dari kiri: Qwer Rawi&baby, Juzle&baby, Juzle's wife
dari kiri: Dr Khairi(bujang). JMR(bujang-no tepon ada kat tepi tu hah.), Rozali(dalam gambar ni single, wife ada kat meja lain, saje nak join katanya), Amin Jo( bujang lak malam ni, biasa bawak wife, nak join kami gak)
duduk dari kiri: Fadzlan(nampak single, tapi dah ada anak&wife, takyah tanya no henpon la) & Asyraf (ni anak dara lagi..kahkahkah)
Dari kiri: ha yang ni la Puan Hasniza, high production nih..Kat tengah tu Wani, anak dara sunti lagi nih, nak no henpon, pm aku k semua. Yang last tu, Che Zaliati bersama baby. Mana baby dia? Pegang perut, rasa la tendangan baby dalam perut dia. Pantas gak si Khairi nih..hikhikhik..
  Bertudung pink/purple tu, Siti Nor. Alhamdulillah..mulut dia tak banyak membebel malam nih. Maybe sebab malu silu ngan jejaka baju hitam kat sebelah, si Hafies. Wah bro, terkejut aku. Mula-mula salam, aku konpius, aku ingatkan geng Farisian9600 gak, sebab muka ko sangat familiar. La..rupanya kita nah hang out banyak kali gak sebelum ni ngan Wafi, si budak student tu la....kahkahkah....jangan lupa hantar kad undangan ye Cik Ct Nor & Hafies, kali ni aku jadi videographer ko lak fies..kikikiki..
Tengok janggut dah iras-iras ustaz Hamdi. Hmm..Ijat Kimi a.k.a Dol bersama ngan baby&wife. Bila nak tambah sorang lagi??...anak la!!
Dari kiri: Rozali&wife(abaikan sebab dia bukan geng kami), yang seterusnya tu, tiga-tiga masih single lagi. Tapi si Kolid yang berdiri tu aku tak pasti la, dengar citer dah nak langsung tak lama lagi.
Walaupun aku sempat sejam je luang masa kat sana, tapi series, best kalau dapat join gathering camni. Pada awalnya, tak ramai yang macam was-was je nak join event nih. Then alhamdulillah, tak sia-sia usaha Che Zaliati yang susah payah dok mengajak&memujuk untuk teruskan event nih. Seramai lebih 50++orang yang join tuuu. Ramai tu dowh..

Dalam pic tu, baru suku je k. Rugi sapa-sapa yang tak join gath nih. Takpe-takpe, 2011 ni ada yang bagi cadangan untuk adakan satu Reunion besar-besaran..Hope semua yang terlibat(Farisian9600) boleh bagi komitmen&join the event. Sesapa yang ada cadangan untuk tarikh, tempat dan lain-lain, boleh kemukakan di Group Farisian9600...

*eh, mana pixx Malia??????????kahkahkah




*Farisian9600 merupakan pertubuhan alumni untuk bekas-bekas pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra sesi SPM2000.*TQ

14 comments:

mystd said...

chaissss...hahahahaha~

J.M.R said...

mystd: kahkahkah..pix mu dlm fb jo la..

░♥si lampu neon♥░ said...

meriahnye weh..bestt..



CHECK ENTRY MANTAP ! #
AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG #
MANUSIA BERMATA TIGA ! #
CARA BUAT BUTTON FLASH#

::fatihahanapi:: said...

wahh..seronokye reunien..btw,sy ex-faris 0307..*_^v

J.M.R said...

fatiha: junior kah? heheheh..

Anonymous said...

I am Glad i discovered this site.Added www.jmr23.com to my bookmark!

ardinihumaira said...

la... deo skoloh faris ghuponyo.. kawe duk rumoh kawase tuh jah :D tahun 2000 kawe skoloh pc1. hehe... baso oghe manjo. tokleh duk asrama.. ;p

maslinamansor said...

2 la... aku br nak tanya mana pic malia...
tak dak ka?

MiszNoRuL said...

bro jmr??spm 2000??
huhuhuhuu.....
wa pun sekolah kt kelate spm tahun tu jugak...hahahahah

Netnet said...

ooh orang kelantan jugak yer...
spm 2000? ahaks..i dah kerja..
i pun sekolah kat kelantan tau...sekolah perempuan yang paling top sekali kat kelantan..yer yer sila teka....

NUNU EERA said...

i pun sekolah kat kela..........ng..
hehe..
mr.JMR: bujang but not available kan.? ;p

mamai said...

ramai juga yer bro...

::alwaniamalini:: said...

ooo skolah faris ke dulu ehee...
penah gi restoran sgi seri neh. sama gak, sesat! lam gps xdek pon.google map pon xde ehehe..

Matjoe said...

fuuu yooo. ngko budak SBP gak ker? bagus2....