Tuesday, December 28, 2010

Tip Berbisnes di Facebook oleh Irfan Khairi

Tip-tip ni aku cedok semasa join seminar anjuran PEOPLEpreneur & DiGi di Cititel Hotel, Midvalley hari tu. Kenal Irfan Khairi? Aku rasa mesti ada yang kenal dan mesti ada yang tak kenal. Sesapa nak kenal, leh jer ke blog Irfan Khairi, macam-macam ilmu korang leh dapat di sana. 

Antara isi seminar pada malam tu, bagaimana memulakan bisnes & cara menggunakan Facebook sebagai tapak mempromosikan bisnes idea korang. Ops, ni bukan skim Login Facebook dapat RM100 ye!

F.A.C.E.B.O.O.K

Fan Page - dulu panggil fan page, tapi sekarang ni cam 'LIKE' page. Sesapa yang ada bisnes online, digalakkan buka akaun fanpage ni, banyak sebabnya. Salah satu daripadanya ialah, tiada limit friend list, 1000orang bley, 1juta pon boleh. Jadi, lebih banyak prospek, bermakna lebih banyak peluang untuk meningkatkan hasil jualan.

Avoid spam - Facebook adalah laman sosial. So, tak perlulah nak buat sial, pergi tag & spam sana sini walaupun orang yang kita tag tu, takde kaitan pon ngan produk jualan yang kita sediakan. Contohnya, nak jual bra/coli, tapi tag pada Ahmad Faikal yang berumur 19tahun & tiada isteri. Takperlu kot kan. Perlu kita menjaga hati tuan rumah FB tu gak, jangan main letak je iklan korang yang takde kaitan langsung. Jagalah kredibilit bisnes korang ye.

Contact - dah namanya Facebook korang sebagai salah satu strategi promosi prodok, janganlah malas untuk menjawab setiap pertanyaan daripada orang lain. Aktifkan interaksi untuk mengukuhkan lagi contact anda. Cuba reply setiap komen/pertanyaan, barulah dicop sebagai mesra pelanggan. 

Experience - setiap hari adalah pengalaman. Bagaimana korang berinteraksi di fesbuk, bagaimana korang melayan kerenah pelbagai pertanyaan yang kadang-kadang macam sampah tu, juga pengalaman yang berharga untuk korang memajukan lagi bisnes online korang.

Buy advertorial - Kalau korang ada peruntukan lebih, digalakkan membeli iklan yang ditawarkan di Facebook. Ini cara yang pantas untuk memperkenalkan perniagaan online korang. 

Offer - Adakan satu offer/tawaran untuk mereka yang meng'LIKE' page bisnes online korang. Mungkin diskaun hebat atau voucher-voucher untuk produk/servis yang korang sediakan.

Online 24hrs - Tak salah kalau aku katakan di Facebook, bisnes korang boleh berjalan 24jam tanpa henti, tanpa sempadan dan juga di mana-mana sahaja. Cuba gunakan kelebihan ini untuk sentiasa mengaktifkan strategi promosi perniagaan korang kepada lebih ramai lagi pengguna Facebook.

Keep on going - Teruskan usaha sampai korang berjaya. InsyaAllah boleh.


14 comments:

Kancilbiru said...

wow, tips yang bagus,,tq for sharing..:)

ardinihumaira said...

yang last tu! memang kena cekal. kekadang tak ada orang beli... tapi kita tak leh down. adat dalam bisnes memang takkan untung hari2.. ada rugi kejap... ada untung kejap.. kadang2 balik modal je.. besela tu... ;)

Mak Su said...

tq utk tips yg disharekan :)

maslinamansor said...

lama dh aku tak login FB...

kakcik said...

Kakcik tak pandai berbisnes! :)

Akasia Holiday said...

thanx for info
http://akasiaholiday.blogspot.com

YanaMIB said...

gud tips..promote blog pon guna fan page skrg..hehe~ =P

AngahSayang2314 said...

wah tips yg berguna la.....thanks

zati-zt said...

tips yg bgus..
:)

sw33tdarling said...

walaupun byk orang cakap FB ni membawa banyak keburukan, tp banyak juga kebaikan.. pendekata, kena pandai bawak diri...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

Eazy Izzuddin said...

bagus tips ni hehe

cuba2
xD

mummysyafie said...

nice info dik..ni tgh nak majukan diri..

::alwaniamalini:: said...

tips bernas! bagus2 :)

© bLurr said...

aku ada buat online bisnes kat facebook gak. tak buat fanpage.. sebab takut kalau orang komen kat gambar , takde notification. tu yang tak best.

one more thing, tuk elakkan spam annoying, aku selalu tag kedai online yang lain je. and orang yang tag aku, aku tag balik . baru adil. HAHA