Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH TEAM MALAYSIA : JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

Tahniah..tahniah..dan tahniah. Tiada hadiah semahal sup garuda yang mampu aku kasi untuk korang. Malam ni aku teruja tengok korang main. Walaupun orang kata Stadium Gelora Bung Karno tu, stadium berhantu, tapi aku tengok biasa je, sama je macam stadium runtuh kat Kuala Terengganu tu. Yang aku nampak, semangat hantu korang tu memang berhantu la. Team Malaysia dah berubah. 

Pernah kecundang 5-1 di stadium ni, tak bermakna akan kalah selamanya kan? Korang dah buktikan malam ni, yang korang takkan kecundang seteruk tu, 2-1 je kalah kan? hikhikhik..lagi best, korang leh buat orang pelik, kalah pon jadi JUARA!! Team Malaysia menang dengan aggregat 4 - 2. Team Malaysia dah jadi JUARA Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kalinya. 

Weih, aku pon bangga la. Sorilah kalau aku kutuk-kutuk sebelum ni, alah biasalah kan, kalah aku kutuk la..kalau manjang menang, kompom manjang je aku puji..kahkahkah..

Team Malaysia memang berubah la sekarang nih. Percaturan K.Rajagobal memang menjadi kali ini. Pertaruhan meletakkan pemain-pemain muda, sampai ada orang cakap percaturan gila tapi malam ni mereka dah buktikan. Siap Mohd Safee Sali dianugerahkan Top Scorer Award untuk kali ini. 

Tapi sikit musnah impain peminat fanatik Khairul Fahmi Che Mat untuk melihat goalkeeper tu menjadi Pemain Terbaik Kejohanan kan? Wah korang esp girlssss, trending Twitter melonjak-lonjak naik nama Khairul Fahmi ek. Ramai cakap hensem la, cool la, macho la..weih Kuna pon macho gak per?? Tapi paling macho mesti K.Rajagobal..hikhikhik..Series ni, pendapat aku, malam ni Malaysia main tak semantap di Stadium Bukit Jalil masa Perlawanan Akhir Pertama masa menang 3-0, tapi masih boleh dipuji. Hebat! Safee Sali, Khairul Fahmi, Shahrul Idlan Talaha dan semua pemain, memang bersemangat dan berhantu giler. 

Even depan penyokong Indonesia yang fanatik tak hengat dunia pon, korangnyer game memang ada kelas. Tak kurang gak ngan penyokong di Malaysia, di rumah, di mapley dan mana-manalah, korang memang terbaik, tak putus ngan semangat menyokong dan berdoa. Paling best, masa keeper Malaysia, Khairul Fahmi save penaltykick, giler! Rasanya ramai yang rasa cam nak lambung-lambung je meja kat mapley, kan?

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010!!!
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!

Malaysia, We Are The Champion

SEJARAH TERCIPTA & diharap SEJARAH MUNGKIN BERULANG
:-)

**baru lepas baca blog girlfren si Khairul Fahmi Che Mat...mesti ramai yang frust kan? heheheheh




13 comments:

ardinihumaira said...

:D

kelakar tadi dni tengokm sambil jerit2 wakakaka pempuan oh pempuan

Anonymous said...

Tahniah sebab Malaysia menang di Gelanggang Olahraga Bung Karno.

J.M.R said...

dni: wah dni tgk ek mlm nih..igtkn dok dlm bilik gk tu..

mzhany said...

Tahniah MALAYSIA.

stadium macam gelap je kan...ras mcm tak puas tengok....ahaha

alien said...

saudara jauh arsene wenger berjaya mengangkat Malaysia !!
yeh

J.M.R said...

anon: Malaysia mmg layak menang..hehhe

J.M.R said...

mzhany: cukup la tu 90min..kang tak psl2 piala tu terlpas nnt..hikhikhik

J.M.R said...

alien: saudara jauh apa, mmg adik beradik kot...:-p

Anonymous said...

apekah blog awek khairul fahmi? :'(

Kuey san said...

Setelah 17 tahun... walaupun mengambil masa yang agak lama, tapi tak apa. Better late than never, kan?

Harap seluruh Malaysia memberi sokongan padu macam final 1st n 2nd leg. Gempak!


ps: jgn plak pasni kalah, bakar jersi ;p

pps: Jumaat cuti. yayyy!

maslinamansor said...

best gila semalam aku tengok. Puas hati walaupun kejap2 jatu... kejap2 jatuh.. padang basah kot...

wei, aku pun minat fahmi, tpi minat sebab dia pandai tangkap bola.

sw33tdarling said...

itupun sebab rakyat indon ganggu mereka training... kalau tak, sure libas abis....
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak