Thursday, December 2, 2010

Review: NGANGKUNG dan SHAHEIZY SAM

"Dr R, kalo u nak target kutipan tayangan tertinggi, buatlah filem macam ni. "
 
Even ianya filem melayu, tapi kualiti cerita dah macam filem hollywood(hope ini tidak melampau), pendapat aku lah kan...dan tidak juga seperti filem Cuti-cuti Cinta, ntah pape nyer slot cerita. Kata pengarahnya, hanya mahu menyampaikan sesuatu cerita yang sempoi&ringan, tapi yang penonton dapat lain lak. Macam-macam kan strategi diorang ni nak melakukan filem masing-masing. Promosi yang ntah pape, dapat hasilnya ntah pape gak. Acu contohi sket NGANGKUNG ni, promosi ala kadar, pengarah dan penerbit lak takde nak pompam pompam sana sini, cakap konon2nya mahu capai target hingga mampu bina satu lagi KL Tower, tapi kualiti haprak....~
Kutipan minggu pertama Ngangkung berjaya mengatasi rekod minggu pertama filem Adnan Sempit!!!

Salah satu kekuatan filem Ngangkung ni adalah Shaheizy Sam. Mimik muka, dan intonasi gaya percakapan yang menarik perhatian penonton. Setuju tak apa yang aku cakap? Daripada awal lagi, ramai yang dah boleh agak kutipan filem ni akan mencatat kutipan tinggi, tapi tak expect lak lagi tinggi daripada filem Adnan Sempit. Tahniah Ngangkung. Eh, korang yang belum tengok lagi filem ni, tau tak ngangkung tu  apa? Masa 1st time tengok poster, aku ingatkan ngangkung ni sejenis hantu. Owh...tidak. Ngangkung adalah satu aktiviti seperti pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor daripada bomoh, dengan syarat menggunakan barang-barang lama sebagai medium mendapatkan nombor ekor terbaik.

Korang tao la kan Sam @ Shaheizy Sam nyer perangai lawak camana kan? Tambah-tambah lak disupport oleh Angah Raja Lawak dan Azad yang pelat utara..memang gelak tak hengat dunia. Yup, ini adalah filem seram komedi dan ianya lagi berhasil daripada korang dok layan citer seram Malaysia. Haram tak seram. Betul tak?:-p

Bagi korang taktao nak layan filem apa weekend ni, aku recommend Ngangkung ni. Series, korang tak terasa rugi 'sangat'...tapi kalo boleh, elakkan amik tayangan jam 9.30malam, di GSC OU, coz time aku tengok, dah macam tengok VCD tak ori. Asik tersangkut dan terulang tayang balik. Bayangkan, kol930pm start, kol12am baru kuar...tak ke lama tuuuuu.....nasib la....~...tapi ianya takkan berulang lagi kan? Betul tak abg GSC OU???:-p

Layangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg~ !!!! :-P


13 comments:

azieazah said...

Dulu, masa Kak Azie rajin layan drama, Kak Azie suka karakter Zul Huzaimy, yang lawak sangat lawak selamba, bila jahat sanggup buat apa saja tanpa rasa bersalah.

Now Shahiezy Sham ini seperti Zul Huzaimy juga. Sangat berkarakter. Tabikk..!

Tumpang seronok bila filem Melayu berjaya di panggung tanpa perlu beli 2 muka surat untuk buat iklan dan promosi seperti syok sendiri...!

Ery Farieha said...

okay
semua kata ngangkung best

Lagenda said...

ermmmmmmm..mak dah tgk tp hurmmmm..NO COMMENT!

kAziShA said...

mmg best..baru seminggu dah 4.1 juta..hoho ^^,

ejum said...

xsmpat lagi tgok ngangkung..yg sempat mengangkang je :)

Matjoe said...

jmr -aku dh jawab soalan ko kt blog aku

maslinamansor said...

minggu nie aku balik penang, 4 sure aku nak p tengok...!!!

SENORITA ZATY said...

niee rase cm nak tgok jew nie , huhuuh

NUNU EERA said...

wlpn pilihan ke 4.. tpi xm'hampakan.. huhu..

cikpia said...

memang best!!! disah kan benar!!!!!

dan festaim aku tengok movie sebelum direview oleh cik junior..... he he......

Em's Family said...

orait..
thanks for the info!!

at least tak de la pengarah nyer merepek nak target 40 juta kan.. :D

hazman aka species1980 said...

hehhehhee....citer memang klakar kan... siap hantu2 boleh buat lawak lagi..... cuma tak brapa berkenan gaya azlee buat lawak mimik muka slaptik tue.... ;-p

Miza Yusof said...

best kan cerita ni ? hehe
tak rugi tengok. shaheizy sam punya lawak selamba je. hehe