Tuesday, December 14, 2010

Restoran Mamak / mapley || Restoran 1Malaysia

Meh nak tanya, kalo kat Malaysia nih, restoran apa yang leh masakkan korang ngan pelbagai jenis masakan. Western Style, Kampung style, Mamak Style, Chinese style, dan macam-macam style lagi la. Ala-ala 1Malaysia gitu. Korang takkan dapat semua ni dalam satu kedai kalo ianya bukan restoran mamak a.k.a mapley. Patot PM Malaysia jadikan mapley ni sebagai satu contoh untuk konsep 1Malaysia. Selain daripada masakan yang pelbagai rupa, pelanggan pon datang daripada pelbagai kaum, termasuklah pelancong asing. Dah taraf international gitu...
Penang Char Kuew Teow..korang rasa tukang masak dia ni mamak penang ke mamak negara lain?
Thai Food. Thai food ala mamak style ke original tomyam dari Siam ek? Tgk gambar cam menarik kan. Lagi sekali, tukang masak kat mamak ni orang Siam/narathiwat ke atau abang mamak?
Western Style. Ribeye Steak, Chicken Cordon Blue etc lagi tu!!!..Takyah dok layan kat TGIF atau Victoria Stat lagi, mamak pon boleh masak la. Harga dah lebih kurang sama tu, rasa tak tao la plak kan. Kalo letak logo produk Malaysia, mesti lagi menarik perhatian kan?
As usual, killer food mapley, selain daripada roti canai, roti nan tandoori adalah tarikan di mapley. Kalo roti canai, servisnya 24hrs, roti nan tandoori biasanya malam ajer ada.
Segala list food bagai di atas adalah hak milik Q Bistro Nasi Kandar Since 1968. Erk? panjangnya nama dia, eh ke salah. Q Bistro yang aku lepak ni, sebelah je ngan Tesco Mutiara Damansara, sebelum ni mapley Restoran Kayu Nasi Kandar. So far, sejak jadi Q Bistro ni, dah 2kali aku pergi lunch sana. Pekena set nasi kandar, sebelum 4pm hanya RM5.80 weih - dapat Nasi Kandar+ayam goreng/madu + teh o ais. Masyukkkkkk..kerusi lak lembut je+aircond..pas makan layan mata.terbaik lah! Nak kata sedap sangat tu, bolehlah.....~
Yang paling aku suka, Q Bistro ni dideclarekan sebagai premis BERSIH, dapat A lagi tu. Selain daripada kerusi empuk&aircond yang nyaman, ruangnya SELESA dan takde la bersesak+berhimpit cam mapley biasa. Plus dapat cuci mata tengok awek Starbuck Dcurve, ala yang kat dalam Borders tu. 

"Adik manis, sapa nama???"

11 comments:

Lagenda said...

ini adek manes mau itu minyak kaler ijau arr bang bangla!

diana said...

kalau semua restoran mamak macam ni kan bagus..
tapi boleh kira dengan jari je..
banyak yang kotor dari yang bersih..

Mimie.Candy Cane said...

saya pun suka mamak yang bersih..daripada kedai yg nampak macam sedap tapi rupanya pengotor..

Yatre Hayati said...

adik manis banyak malu la abang. hahaha Q bistro macam familiar...tapi tak pernah pergi

nUR_rOsALiNdA said...

Kita selalu gak lepak kat Q Bistro, Tapi kat permaisuri punya...Sebelah Q ni Kayu Nasi Kandar tp x suka lepak kayu sangat sebab mahal...Lepak Q best, bak kata kamu, Restoran 1 Malaysia..Macam2 ada

Sharinginfoz said...

makan kat mamak memang service cukup cepat

yellowie roses said...

penah lepak cni bekpas..aiyooooo
mau rm30 blasah makan 2 orqng..
member amek nasi lemak ayam rendang k0t..
then nk tambah sambal..kena charge...
tapi memang BERSIH la..
tu yang best..dok dalam ada aircond..kerusi mmg superb
yang xbest ada couple inche saleh dan minah saleh dok sok sek hingussssss..........
huhhh~~

Redbloodsnow said...

kat kuching nan hado mapley :(

Azman Roslan said...

orang melayu kita patut jadikan contoh kedai mamak ni..

mummysyafie said...

thumps up kat kedai ni...mmg bersih..

lagenda budak hitam said...

saya pun suka foto2 tapi saya xde camera dan saya xde kawan yg suka foto2 !!!