Wednesday, December 15, 2010

Pre Wedding Photo/Foto Pra Perkahwinan || Perlu atau Tidak Perlu??

Dalam sedar tak sedar, prewedding photography atau fotografi praperkahwinan dah jadi satu trend atau budaya pada masa kini. Pakej-pake yang disedikan oleh photographer juga kebanyakannya ada yang menyediakan pakej prewedding photoshoot sekali. Apa sebenarnya prewedding photoshoot ni? Pada asasnya, foto pra perkahwinan ini diambil sebelum berlangsung sesuatu majlis perkahwinan. Dan tujuannya untuk disemadikan di kad-kad undangan kahwin, website/blog pengantin, bunting ataupun untuk tujuan slideshow ketika majlis perkahwinan itu sendiri. 
Trend Foto Perkahwinan berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Kalau zaman mak ayah kita dulu, jarang khidmat jurufoto/wedding photographer upahan digunakan ketika majlis perkahwinan. Kalau ada pun, apek SLR (masa tu takde DSLR lagi ma..) dok snap sana sini ketika majlis .Itu pun bilangan roll digunakan dan dikenakan charge yang tinggi. Kalau yang kurang berkemampuan, hanya menggunakan kamera milik pengantin atau sanak saudara pengantin itu sendiri. Kalau ada yang bawak SLR yang bukan dari sanak saudara mereka, pasti semua mata juling tertumpu ke arah jurufoto itu. Mesti ada yang dok berbisik, sangkakan itu wartawan daripada memana suratkhabar atau TV mungkin. " Wah, glamer sungguh Milah ni, siap ada orang suratkahabr datang nih..."
Tu dialog orang dulu-dulu la kan. acu cuba tengok sekarang ni, berlambak dah DSLR dan bersepah-sepah khidmat fotografi yang bakal pengantin boleh pilih. Tapi kalau dalam sesatu majlis perkahwinan tanpa jurufoto (official photog) nowadays, makcik-makcik yang datang pasti berbisik " Takkan takde sorang photographer pon nih, diorang ni kawen series ke memain nih...." . Dah jadi macam parts of the event kan? Dan tak mustahil juga, lepas ni, sesi bergambar pra perkahwinan / prewedding photoshoot juga menjadi satu agenda menarik sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Zaman berubah, trend pon berubah kan?:-)
Jadikan kenangan sesi bergambar anda sebagai satu kenangan manis sebelum meninggalkan alam bujang!!!
Pengantin: Faiz & Syazwani
Lokasi : Taman Botani, Putrajaya

14 comments:

ciK mOt ©™ said...

terpulang...tapi aku kawin dulu takde pun gini...aku orang susah...kawin ikut mana yagn penting jek...gambar kawin pun tak bombastik cam orang skang...sedih kan...

Yatre Hayati said...

pre wed boleh. tapi jangan over. belum nikah. hehehe

cik selamah kundang said...

tu member unimate aku.hahaha.xsangka.....

ardinihumaira said...

kalau dni tak mo lepaskan peluang bergambo :D

Lagenda said...

betul..pic pre wedding tu ok la tp jgn la hover melampau2.

mak pun x der pic masa kawin2 dulu..1 albumpun x penuh tau..sedey

rasa cam nak reshoot je berbaju penggantin!!

Redbloodsnow said...

ok je pre married pic. cume jgn terlebih sudah..haha. btw, nice shots ah. sokka :)

maslinamansor said...

kalau ada budget lebih boleh la buat pre-wed. Tapi rasanya macam dh cukup kalau tangkap gambar masa hari kahwin jer...

||| PöJìé PööH ||| said...

Terpulang ada bajet boleh sajor.. Tp trend nih dah macam trend pengantin cina dah kan, tapi xkisah la, smart apa. leh buat banner n sepanduk tunjuk arah ke rumah pengantin :)

PojiePooh; Hanya Satu...

Hezesuze said...

kalo ada duit lebih tu apa salahnye yedok...hehe

ada mokhtar said...

okey je pre wedding photo ni.. boleh buat kenangan kan.. tapi terpulang la pada bajet. dan bila bergambar tu jangan la over-over sangat.. nanti tak manis pulak orang tgk gambar pre wedding mengalahkan dah berstatus married. =)

ed shahir said...

pre-wedding ok asalkan tak over. sekadar bergambar kan. hehe. tapi baru2 nie ada tengok ada pic pre wedding dah buat pose cium pipi. alamak..itu yang selalu buat orang salah anggap kan. apapun suka entry & pic2 kat atas nie bro..gudjob ;)

darkbatman said...

btol 2 bro tp skg mcm susah nk cr wedding photographer yg murah.. ko ade x tips mcm mane n tau harga tips photographer 2 kire x mahal n x murah?

mummysyafie said...

cantik jamar..bila nak amik gambar akak lak. bukan tuk prewedding tapi prepencen

enyheartsdiamond said...

tak sabar nak kawen! :D