Monday, December 13, 2010

Mazidul Akmal Sidik terjah JMR23 dengan pantas sekali...

Salam pagi Isnin sahabatku semua!!!

Camana pagi Isnin ni? Pening-pening lalat nak start PC/lappy masing-masing, suam-suam kukunyer semangat nak mulakan kerja hari ini? Sabar, itu semua perkara biasa untuk ramai pekerja di dunia ni, dan tak ramai yang nak mulakan semangat kerja di hari Isnin dengan gembiranya, ala-ala cam semangat bangun pagi& dengar takbir raya di 1Syawal..oh no no no...~

Meh mulakan pagi Isnin, dengan cerita Tertunailah Hasrat Di Hati oleh Kak Ina KL apabila sorang top blogger a.k.a wartawan yang mengintai blog Kak Ina ni di entri Bila Mazidul Akmal Intai Blog Akak. Pas baca, harus komen kan.. dah kata masa itu masa untuk berblogwalking..ngan Kak Ina, biasanya aku komen dengan nada gurau-gurau gitu...~

(maaf, anda tidak rabun, sila KLIK untuk enlargekan gambar di atas)

heheh..aku bukan sekadar cakap jer. Pas sent komen tu, terus link ke Mazidul Akmal nyer blog, then terus drop komen di situ. Belum sempat lagi aku minimize windows blog dia, dah dapat komen a.s.a.p daripada dia..wow...pantas dan cargas sekali!!!
(maaf, anda tidak rabun, sila KLIK untuk enlargekan gambar di atas)

Aku suka cara Encik Mazidul ni bagi respon. Encik guna Unifi kah??? hehehehe

hehehe..'ek eleh JMR, ntah pape ko nyer entry kali nih'..oppss takmo takmo takmo cakap gitu. Entri ni namanya entri penghargaan. Eh, bukan bermaksud aku tak menghargai visitors ke blog ni hari-hari. Yang aku cuba sampaikan, satu penghargaan untuk mereka yang aku perasan, bila kebanyakan orang yang dah berada di atas, susah nak memandang ke bawah.  Sebelum berada di atas, setiap komen pembaca dibalasnya satu persatu, bila dah sedap di atas, pandang ayat-ayat di kotak komen pon dah tak sempat, just pandang berapa banyak bilangan komen pada entry itu, SAHAJA...faham? tak faham ek? Abaikan ajer...owh, takmo takmo takmo..tak elok tao....sama-samalah kita ingat mengingati..kan??.

Berbalik kepada landasan yang benar, pakcik Mazidul Akmal Sidik ni ngah bukak chance kepada blogger untuk dilinkkan ke blog dia. Backlink ni kekadang leh bagi trafik pasif kepada blog korang tao, so sapa yang nak grab peluang tu, leh terjah ENTRI NI. JMR23 dah ada dalam list. Mekasih bebanyak ye. Pantas dan caragas. No wonder leh jadi wartawan kan...~


pstt...teringin nak jadi wartawan gak. Tapi taknak yang kena cakap-cakap tu, yang kena papar muka dalam tv tu, nak yang undercover tu. Orang kenal nama je, tapi tak kenal rupa...hikhikh...

10 comments:

Azman Roslan said...

rajin gak mazidul tu ye..

ciK mOt ©™ said...

kalu hang jadi wartawan, jangan tak terjah blog aku dah...hehehe...

J.M.R said...

cikmot: aku jadi wartawan yg terjah artis2 cun seksi meksi je..hahaha

- zuriey - said...

nak jugala masuk exchange link dengan mazidul..untung2 leh kawan dengan wartawan.hehe

Lagenda said...

untung ko JMR blogger heibat terjah blog kao..mak nih?? Huaaaa...

Cik Cookie said...

Pagi-pagi aku dah terjah blog ko.
ko blog pertama aku baca.

░♥si lampu neon♥░ said...

PERGHHH HEBAT GILER JMR...ARITU ARTIST YANG KOMEN..NI MAZIDUL LAKK WAAAAHH LEPAS NI PM LAK !

J.M.R said...

neon: PM tu melampau la..hahaha..tp logik gk, elok je ngh entri kutuk2 dia, tetiba dia komen..camner rasa ek..

CC: mekasih cik cookie..bl nk lepak nih

lagenda: tumpang tuah trafik dia mak..heheheh

zuriey: btol tu..mana tau untung di masa depan kan..hikhikhik

mummysyafie said...

best nye dier terjah blog awak..hhihihi...bila agaknya orang pemes terjah blog akak yer

ardinihumaira said...

whoaaa...
cayalah :D