Saturday, December 25, 2010

Makan Malam di malam Krismas

Selamat Pagi & merry krismas pada sesapa yang menyambutnya. Sambutlah dengan penuh keriangan, botol botol yang dah dipecahkan semalam tu sila kutip balik ye. Pesanan ikhlas nih.

Aku dah 10 tahun ada lesen. Taknah lagi lupa nak renew lesen tiap tahun, mesti ingat sebelum polis trafik ingatkan aku. Semalam aku ke Klang. Dari KL, ikut federal highway, masuk Sunway, kuar Kesas terus menuju ke Tesco Klang. Mula-mula cam malas lagi, sebab takut rush nak balik layan Anugerah Skrin, kan Lisa Surihani ada, harus la beri sokongan penuh kan..

Aku kalau area Damansara, pejam mata pon leh hafal satu-satu k . Tapi so far, tak nah lagi drive sambil pejam mata, tu dah tahap wali songo tu. Kalau drive area Klang ni, aku memang fail walaupun dalam resume, pengalaman memandu dah 10tahun. Kalau tak guna GPS yg seketul atas dashboard, mesti guna GPS bersuara original. Semalam guna 2nd GPS bersuara tu la....

" Lepas trafik light, belok kanan then terus lagi sampai simpang..."simple arahan sambil juih2 bibir. Dengar je, takyah susah-susah nak kena jeling-jeling atas dashboard tu..

Aku follow je arahan, GPS jenis ni sebenarnya lagi senang nak paham..tenang je aku drive, tak menggelabah nak konsentret dengar suara pompuan kat dashboard, kekadang makin menggelabah bila kena suh 'recalculating..recalculating..' rasa cam nak campak je, biar dia calculate sendiri...

 " Simpang kat depan tu, masuk kanan then terus ajer...."

Ringkas je arahan, dengar jer dah paham. Sampai kat tempat tu, terus aku bagi signal, ke kiri...konfiden. Elok je lepas simpang tu, baru GPS aku bersuara..

" Bang, ke kanan yg ke sini ye.." sambil hulur tangan kanan dia tunjuk tunjuk ke sebelah kanan. Siap 2,3 kali tunjuk gaya biker amik lap masuk simpang kanan...

Sampai ke sudah lah, GPS aku tu bersuara siap ngan efek tangan ajaib. Cuba gak nak cari butang OFF, tapi tak jumpa..leh tahan gak cari cottonbud nak lap nanah kat telinga....

NO roasted turkey, NO chachos, NO Parsley Butter, NO roasted Rib Eyes - YES to rojak mamak!!!

Merry X'mas!!!


* nak kena cari GPS yang lebih mesra pengguna lak pasni...

7 comments:

MAMASYAZA said...

sah2 sedap rojak tu...hehehe

ardinihumaira said...

rojak pong rojak la.. sedak apo :D nok sikit

Whoopz said...

Rojak mamak rawks!

ejaMaria said...

ok la GPS tu bersuara... ikut je... tak yah penin pikir nak kemana... ;p

Heidi Shafiq said...

no santa also..

Sharinginfoz said...

alamak lama betul tak makan rojak ni

hamzah ian said...

gua gps pun takde.. sob2..