Thursday, December 9, 2010

Kisah penceraian Sein Ruffedge dan Nana FO3, betulkah BADI Sehati Berdansa???

Salam semua!

Apa citer best pagi ni ek? Daripada dua tiga blog yang aku blogwalking semalam, ramai dok bercerita pasal penceraian terbaru yakni(Erk, 'yakni' ???) Sein Ruffedge dan Nana, juara Sehati Berdansa musim ke-3. Terus terang, aku tak tengok realiti TV yang ni, dan pernah cuba nak tengok, tapi cam tak layan jer. Cuma yang terbaru ni, konsep sama, tapi nama lain, Mari Menari ni je aku tengok gitu-gitu gak, tu pon sebab Lisa Surihani woo, try letak Ramlah Ram ke, Zaiton Sameon ke jadi host tu bersama Awal Shaari, memang TAK TENGOK langsung la jawabnya..hahahaha....

Aku taknak ulas/bergosip pasal penceraian Sein Ruffedge dan Nana tu, just aku terfikir-fikir, secara logik analisisnya, setelah berlaku beberapa penceraian dan kisah cerai berai pasangan yang pernah join Sehati Berdansa ni, ramai 'orang kita' yang membuat kesimpulan ianya disebabkan BADI oleh Sehati Berdansa? Atau dalam bahasa kejam lagi, Sehati Berdansa ni membawa sial kepada para peserta sampaikan penerbit terpaksa tukar nama kepada Mari Menari, tapi still berkonsepkan sama. 

Betul ke BADI? Sial kah Sehati Berdansa? Iskh..iskh..siapalah kita nak menghukum Sehati Berdansa sampai begitu sekali ek? Tidakkah agak terpesong daripada pegangan bila berfikiran dan menghukum dengan word sebegitu? apa pendapat korang ek?

JMR: Sekadar berkongsi pendapat dan ingat mengingati. Dan tidak semua yang berfikiran begitu kan. Dan penerbit juga mungkin mempunyai sebab musaba lain yang menyebabkan Sehati Berdansa ditukar ke Mari Menari...

enjoice!

11 comments:

kew_chop said...

tu pelakon adamaya ke tu laki tu. oo dah kawen n dah bercerai dah mamat ni.. huhu..
Nauzubillah, semoga kita dijauhi dari perkara buruk2..

ciK mOt ©™ said...

hurmm...what ai want to say is...
sedangkan lidah lagi tergigit...
inikan pula suami isteri...
luka diluar kita nampak...
luka hati???lu fikirlah sendiri...

jmr, siapkan diri dengan ilmu didada tuk menempuh alam perkahwinan nanti...hehehe...

Nadia arRumaisha said...

sebenarnyer persefahaman / keserasian tu yg dah tak ada...

mummysyafie said...

bukan badi kot..sebab juara musim pertama dan kedua still ok lagi. ni semua pasal keserasian dan persefahaman. biasa lah artis ni..fikiran tuk capai terlalu banyak benda daripada org biasa..

cikpia said...

jodoh ajal maut bukan terletak kat rancangan realiti tv........ =)

J.M.R said...

kew: haah, si adam la tu..ye, mintk dijauhikan...

cik mot: tengh bersiap-siap la nih..hahahah..aiyoo..rilek2..

NenekPenne said...

saya rasa rancangan tu tak ada apa2 sialnya.... dah kebetulan kan depa tu join programme tu....

orang yang tak masuk sehati berdansa pun bercerai jugak.... mcm i ni...nak gak selit kan....

apapun yalah, masalah rumahtangga ni hanya tuan punya badan jer yang tahu permasalahan mereka, bukan kawan2 @ sedara mara @ mak bapak sekali pun...

apapun yang terjadi pada mereka, biarlah mereka handle..kita doakan yang terbaik sahaja...

amboiii sentap kak melah dgn kak zaiton dgn statement u tu.. tak baik tau....

- zuriey - said...

badi apa pula. kebetulan kot diorang ni bercerai

Kaseh NazLieza said...

mungkin secara kbetulan...tp mmg agak pelik bila mmg rmai psgn yg menemui pnceraian setelah mnyertainya...

IxoR@ said...

sesuatu yg terjadi... kebetulan cuma...

ardinihumaira said...

aiyok.. tengok gambo tu kat perut lak. hu lariksssssss