Tuesday, December 7, 2010

Hijrah itu Perngorbanan, Hijrah itu Perjuangan

Salam Maal Hijrah 1432h untuk semua muslimin dan muslimat sekalian. Takde benda untuk dipotpet-potpet kali ini. Terdengar alunan lagu Maal Hijrah dan terfikir-fikir maksud di setiap bait-bait lagu tersebut. Kalo masa kecik-kecik dulu, masa sambutan maal hijrah kat sekolah, bukan main seronok lagi. Sekolah aku Sek.Ren.Tengku Mahmud di Besut, Terengganu. Masa sambutan maal hijrah, setiap kelas diwajibkan design satu banner guna polysterine untuk dijadikan sepanduk perarakan ikut tema Maal Hijrah tahun tu. Wah, bukan main semangat lagi nak join perarakan tu. Kalau orang tanya nak watpe, jawab dengan penuh semangat, nak berarak untuk Maal Hijrah!!! Tapi bila orang tanya apa itu Maal Hijrah dan kenapa  kita kena sambut??, masing-masing diam membisu, harem taktao apa jawapan dia. Dahla soalan subjektif kan, acu la bagi soalan yang ada jawapan objektif A,B,C,D..leh gak baling pemadam, teka mana satu jawapan....kan?..................

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman 
Tema sambutan Maal Hijrah 1432h di Malaysia - 1Malaysia, 1Ummah...ni lak pesanan / perutusan Perdana Menteri sempena Maal Hijrah 1432h...

....okey, sambung fikir balik apa maksud sebenar Hijrah nih. Dan fikir gak, apa hijrah yang memberi impak besar dalam hidup aku. Korang dah fikir ke belum? Takpe, buat-buat fikir pon takpe. 

Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti...:-)

5 comments:

plain_jane said...

Teringat jgk mada sekolah rendah mesti ikut pertandingan nasyid sempena maal hijrah..;)
Lagu tema tu lagu wajib. Heheh.

Seronoook...

Salam Maal Hijrah

Lagenda said...

salam maal hijrah, salam tahun baru.

Moga kita akan lebih dr tahun2 sebelumnya...

mummysyafie said...

salam maal hijrah jamar..

berhijrah kearah kebaikkan..insyallah..

NUNU EERA said...

salam maal hijrah, dear.. semoga p'hijrahan kali ini lebih baik utk u..

J.M.R said...

plainjane: wah..dulu2 nyanyi nasyid ek..cayalah!

lagenda: amin...

mummy: tenkiu & amin~..

nunu: amin...TQ dear:-)