Thursday, December 23, 2010

contest matjoe.com : Azam Tahun 2011

Tengok jam, dah jam 7.01pm. Penat membanting tulang di sawah ngan mengkontrol lembu-lembu suh wat kije ikut Standard Operation Procedure, masih tak hilang. Terasa tindak balas telepati aku ngan matjoe.com sangat aktif. Ok, aku klik satu link, direct ke link contest terbaru di situ bertajuk Azam Tahun Baru 2011. Gosh, patut la, sekarang ni dah akhir bulan 12. Ulangtahun isu hangat yang ntah kali berapa makin meriah diperkatakan, azam tahun baru. Komplicated dan sofistikated. Seingat aku, isu ni adalah isu berbangkit bila tiba detik Pak Najib nak melaungkan merdeka sebanyak 3kali. 

Kalau TV3 intebiu aku tanya pasal isu ni, silap-silap huraian aku sampai 2,3minit, siap kena wat editing lagi sebelum publish kat Wanita Hari Ini. Kompom wall fesbuk aku penuh ngan pertanyaan korang, pasal pe JMR perlu kuar WHI? Aieahh..sokmo underestimate aku..

Azam Tahun Baru 2011 - ok2, edisi series kali nih. Siap aku snap gambar lagi k. Sesapa yang pernah berurusniaga dengan aku, pasti dapat cam salah satu. 2011 ni, azam utama aku - TAK NAK TAMBAH LAGI SATU...
...bukan bini, bukan awek..tapi nota catatan aku, eh ke layak panggil organizer. Ala organizer korang lagi mewah-mewah kan. Realistiknya aku berazam taknak tambah lagi satu, coz di dalam setiap satu tu, ada azam-azam aku yang sebelum nih. Azam azam yang tertunda. 18% je yang setel, lagi 82% tu tak tahu bila leh setel. Azam aku bukan takat di awal tahun, kadang-kadang dalam bulan 6 ke bulan 7 ke,   timbul gak idea nak berazam baru, aku tulis..tapi ikot sedap hati la aku nak tulis dalam mana satu, tu pasal since 2007, memang aku tulis setiap azam yang aku azamkan. Paham tak nih mat joe? Tak paham aku nak ulang balik..

Kalau ramai umat yang bila masuk tahun baru omputih, pum pam pum pam berazam sana sini, aku pun sama cam tu gak. Ada masa tingat gak nak wat azam tahun baru masa Awal Muharam, tapi fail. Susunan bulan bulan dalam kalendar Islam pon aku fail, bukan apa, ada masa terkonpius ngan kalendar omputih nih. Ada tak tips nak sentiasa ingat bulan bulan Islam nih. Ada tak? Kalau ada share le ngan aku.

Ada yang nak tanya tapi segan kan, apa azam aku sampai ada 3 bijik buku tu. Macam aku cakap tadi, banyak. Bila datang je idea nak berazam, biasanya idea yang best best je aku jott down. Lagi 3 bulan nak beli Ferrari enjin Lambo sport rim 20  ke, nak beli kondo tepi sawah ke, nak kurangkan berat badan ke tahap Saiful Apek ke, nak jadi angkasawan kedua dan pertama dalam Besut ke, kawin lagi satu lepas kawin satu ke,  tu semua azam, ada yang jangka pendek, ada yang jangka panjang, aku tulis je semua tu. Dan kebanyakan hasil catatan aku, bila pikir-pikir balik cam susah je nak tercapai azam aku tu. Macamano tu??

Tapi bila pikir dalam dalam lagi, tak mustahil kan...?

Cukuplah 3biji tu luh, untuk 2011 ni azam aku nak setelkan hajat-hajat yang aku ada tulis, ntah dari bila aku tak pasti..erm.. 


mm..kat mana nak cari kondo tepi sawah ekk???




contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120) dan Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)'




**ok mat joe? Aku nak dgr ko cakap kat aku " JMR, ko menang la!!"  k, tapi kalo nampak macam aku takde harapan, kita slow talk belakang mapley la bro. Ok lah, nak gi solat Maghrib jap, makmum aku dah tunggu tu......

11 comments:

BeaN MorENo said...

aku nak try gak...haha

J.M.R said...

BM: try bro, kasi sepok kt mat joe...

Eazy Izzuddin said...

gud luck bro ngn azam hehe

ciK mOt ©™ said...

aku syak ni sure entry merentas masa ni...maghrib pe bro jam 11 malam ni...weeeeeeeeeeee

Sharinginfoz said...

all the best bro

azzey said...

J.M.R:Dah nak masuk tahun baru kann.....semoga azam akan menjadi kenyataan..:)

maslinamansor said...

banyak juga yer azam2 ko... yg xtercapai yer... :)

Nak try join la...

baincardin said...

*Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^

mummysyafie said...

dah nak tahu baru dah..azam tahun ni pun ada yang tercicir lagi.

Matjoe said...

tq bro. mmg senget skit aku nyer sel otak baca entry ni. azam mesti realistik.

tq bro joint contest aku. karang aku upload gambar, masuk kan ke facebook, lepas tu boleh vote

Hanim Mahali said...

tak terkata... kelakar ini entri... anyway, Gud Luck...! semoga azam yang dulu terlaksana