Saturday, December 4, 2010

apa ada di KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW 2010??? JOM!!!

Salam hujung minggu skali lagi! Camana cuaca kat KL skang? Panas di tengahari, hujan di kala petang ke?..alhamdulilah, aku kesejukan di sini dan sangat tenang..hahaha..macam jauh je kan...

So, apa plan hujung minggu nih? Tak kiralah apa plan korang, meh nak bagi satu cadangan untuk mengisi ruang hujung minggu korang. Jom zass ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIM2010) yang sedang berlangsung di PWTC dari 3 Disember2010 hingga 12Disember2010. Tiket masuk utk ADULT RM20(weekend) dan RM15 untuk weekdays. Untuk sesapa yang ada Student ID/beruniform sekolah hanya RM% untuk admission fee. Show ni start jam11pagi sampai la 10malam.
Jom tengok serba sedikit, apa ada kat sini untuk tahun ni ek. 10keping gambar je dulu ye, the next pcs, in the next entry la..jangan gelojoh sangat...:-p~
Perodua BEZZA IN THE GARAGE. concept car yang terbaru daripada PERODUA..dah tak lama lagi, leh la nampak atas jalan kot.of course la produk buatan Malaysia yang perlu diletakkan di pintu masuk kan. Mula-mula menjengah ke KLIM2010 ni, korang aku jumpa ngan booth Perodua & Proton luh..pastu baru jumpa produk-produk import dan yang lain-lain ye. I LOVE MALAYSIA, U LOVE MALAYSIA ALSO AITE!:-)
 Kagum sungguh aku dengan kebolehan anak tempatan nih. Sketching guna Photoshop sampai 200++ layer ok..wow!!!
 Proton TUAH..eh TUAH? hero Malaya tu kah? Ye kot, coz the next is Proton JEBAT!!
 Proton JEBAT!!
 Ni dah macam ada satu kereta import tu..seb baik kat plat ada tulis LEKIR..so leh la cam Proton LEKIR kan?:-p
 Proton LEKIU..kalo eja Proton LE-Q pon nampak cam french kan?:-p
 Proton KASTURI bersama anak dara sunti. Not bad gak kan design-design kereta ala-ala patriotik ketuanan Melayu Melaka nih..:-)
 Eh..yang ni lak PROTON apa ye? Tengok plat number,takde tulis pape. Mungkin yang ni paling bongsu kuar, tak sempat kuar nama gi. Leh mak kasi nama tak..Proton TIJJAH?..hehehe..komersial what nama tu?:-p
 I like this 2 types keluaran LOTUS nih. Eh, kan bagus kalo dua jenis ni guna jenama Proton. Korang tengok yang kaler putih tu..dah macam lambo shihoootttt dia nyer depan. Eh, tak nampak ke? OOO...nantilah next entri aku up kan lagi banyak gambar yang ada kat sana. Dah tu, tak gheti-gheti lagi nak plan ke sana ujung minggi nih, ermm kalo bukan hujung minggu ni pon, sempat lagi di hujung minggu depan kan. Bagi sesapa yang stay area KL, pas office hour pon sempat ke sana sebab pameran ni berlangsung sehingga jam 10 malam meh..enjoice!!!!

9 comments:

Hezesuze said...

wow! beshnye dpt tgok kete canggih nie...hehe

azieazah said...

Wow!

Tabik dengan hasil kerja rakyat dan designer tempatan..

I wish, suatu hari nanti ada anak-anak Kak Azie yg terlibat dalam industri automobil ni, hingga ke peringkat tertinggi.

I like tengok keta canggih...

Sharinginfoz said...

apa lagi serbu

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... cepatnya bro sampai sana.... anyw yang biru tue proton E.M.A.S kot....

eyes143.. said...

lekir awesome ! wehuuuu

Anonymous said...

Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.

hans said...

wow
bestnya dapat pergi

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

Lagenda said...

beshnyer kalo leh g kan?

cham's said...

proton tijah tu brp harga dia? HAHAHA