Tuesday, November 2, 2010

Kuala Lumpur Photography Festival 2010

29-31 Oktober 2010, skali lagi Kuala Lumpur Photography Festival 2010 berlangsung di Midvalley. Memang festival gini feveret aku. Bukan apa, dah la setaun skali, barang-barang pon murah, karya-karya yang menarik, dan paling best acara cuci mata tengok si putih buat aksi..hahahah..
Tengok, jangan kata aku sorang je yang suka cuci lens. Ramai lagi, aku biasa je, lagi pon, ada Cik Puan Besar kat sebelah, kena control beb. hahahah..takot gak dia tarik muka kan. Tapi aku tak sangka la, dia sungguh sporting. Siap snap kan gambar ni untuk aku, thanx dear! hahahahahhaha....
Karya yang terindah. Opss..maaf la ye tuan punya foto ni, terpublish lak. Tetiba je ada dalam memori kad saya. Betul, bukan saya yang capture gambar ni, betullll~...
Antara karya yang aku suka. Bila la nak gi ke sini. Cam menarik je. Eh, tapi tu kat mana ek?:-p
hehehe..bersama dengan karya-karya yang bukan milik aku. InsyaAllah, one day nanti, aku leh cipta karya camni gak. Superb beb. Ada seni bab kata aku. Ni idak, balik-balik amik gambar pompuan nampak lurah segala bagai, balik-balik yang nampak kaler bra warna apa. Oh ye, rambut sama hitam, taste lain2 kan. Abaikan..:-p

Lately ni, banyak lak pameran, festival, exhi photography. So, pada sesapa yang berminat dalam bidang fotografi ni, apa salahnya spend ur time, pergi ke tempat-tempat camni. Kira cam majlis ilmu gak la kan. Tengok balik artwork2 orang lain, mungkin namanya tidak pernah didengar, tapi ada karya yang marveles. Seni fotografi itu harus dinilai dengan mata hati. Tidak bermakna, bila dah dikenali di FB atau dalam sesuatu kelompok, dia sudah cukup bagus. Itulah beza antara jaguh kampung & gaya seorang jaguh..:-)

Jumpa lagi di KLPF 2011!!!
:-)

13 comments:

Cik GuLA-GuLa said...

wow..
kalaulah miez ada dslr...:)

Sharinginfoz said...

bro memang suka betul ngan photography ni kan

mummysyafie said...

kalau tak silap dak opis pun ada join gak amik si putih posing. kalau dah minat tu JMR, proceed je..pelan² kayuh. kalau dah berjaya esok..jangan lupa amik pic akak lak..huhuhuhu...

[-suziey-] said...

murah ke? mahal jek..sy pn pegi gak KLPF ni..beli speedlight tp nyesal sbb kt luar lg murah..huhu..same goes to lense..seb bek xbeli...sometimes festival2 camni psycho gk..mcm murah tp sbnrnya kt luar lg murah..hiks...

Zezebel said...

Salam kenal.
Tak tahu pasal foto ni.
tapi gambar-gambar tu memang cantik.

Kaseh NazLieza said...

mmg besh klu dpt g festival yg kita minat kn..

Noor Azlin @ Bizznurse.com said...

Salam,
Patutlah rasa cam kenal. Budak satu sekolah dulu sampai darjah 6. Ingat lagi Tak SRTM? Awak kelas 6 seroka 1 kan? isk. iSk. Kecik dunia ni. Anyway nice photos ;)

maslinamansor said...

bila dah jumpa dengan benda yang suka, mesti rasa seronok kan.

Eazy Izzuddin said...

eazy g dah..
besh2!
xD

darkbatman said...

ak rs cam nk g gak.. skg ne bru je berjinak2 amek pic randomly n mmg sume x menjadi.ahaha

IHSAN KHAIRIR said...

aduhai... tak dapat pergi lah... sebab sebok sgt... sayangya...

Cik Puan Besar said...

cantik jugak pic2 yg i tgkap.. ;)

Anna Boleyn said...

ehh pergi gak ke KLPF ni? ada terserempak dengan Mr D.O.M tak?