Tuesday, October 26, 2010

TAKERS bersama Nuffnang & sebuah lampu suluh

Wah, tajuk entri dah macam citer kanak-kanak, Aladin & lampu ajaibnya..Sebenarnya, tajuk citer/filem tu hanyalah TAKERS. erm..kalo dalam BM jadi apa ek? Pengambil erk?:-p
Ok, kali ni takde poster movie ya. Kalo nak, leh Google sendiri. heheh..tapi aku letak gambar torchlight SE. hehehe..tak sia-sia aku beratur agak awal nak collect tiket dr Nuffnang kat GSC Midvalley., dapat gak menda alah ni free, senang sket nak gi ke tandas memalam:-p .. Agak awal ye, kalo lagi awal, leh dapat cover laptop SE. Jeles! Opss..bersyukur itu penting..Thanx!

Pendekkan bebelan, kalo korang terasa nak layan movie kat panggung wiken ni, i recommend u this TAKERS! Oh ya, rambut sama hitam, tapi selera lain-lain. Aku mengreview berdasarkan kepuasan nafsu aku ya.

TAKERS! Kisah sekumpulan perompak pro, perompak ye, bukan peragut murahan yang sekadar meragut RM5 tapi sanggup bunuh mangsa, bullshit kpd spesis cam tu. Geng takers ni bukan calang-calang, robbery management mereka sangat best, ala-ala Italian Job. Dan mereka hanya perompak, tidak menembak tepat ke kepala mereka yang tiada senjata.  TAKERS adalah filem 90% penuh dengan aksi. Aku kompom, kalo korang ngantuk pon, paling teruk pon, ko akan terlelap 5minit, sbb 5minit tu je scene yang buhsan. Nak citer, aku just terlelap 5minit je, hahaha, penat weih kalo petang tu aku meeting 4jam!..gosh!

Cozier, John, A.J, Jake & Jesse adalah geng perompak yang amat kuat prinsip setiakawan. Daily life mereka cam orang biasa gak. Eh, orang kaya biasa. Sayangkan kanak-kanak & cintakan kekasih. Ahh..susahlah aku nak cakap. Bagi aku, TAKERS ni ada sumer, semangat setiakawan, cinta, famili, ganas, kemewahan & etc. Geng takers ni mula kacau bilau bila bekas geng diorang ni, Ghost menyimpan niat untuk balas dendam selepas kuar dari penjara. Ghost, well-planner yang berjaya melagakan geng takers ngan geng perompak Russia..Hasil pakatan Ghost dengan geng Russia, diorang diserang hendap & mengorbankan A.J. Aku suka babak diorang diserang hendap, ngan garapan background musicnya, terasa kesedihan geng takers bila salah seorang kawan mati ditembak akibat khianat oleh bekas kawan sendiri. Kalo korang, agak-agak camner la rasa bila kawan sendiri buat onar dalam hidup korang?

Aku masih menantikan filem aksi hasil drp pengarah tempatan. At least, kalo takleh hebat sangat, hasilkan filem aksi cam TAKERS pon jadilah. Tak terasa sangat rugi beli tiket/ DVD pirate..huhuhu..tapi yang pasti, aku sangat sukakan action movie yang bukan hanya penuh dengan aksi, tapi ada gak pengajaran tentang sebuah kehidupan. Jangan tumpukan pada satu skop je, macam kalo pergi bercuti ke satu kawasan perangin, macam hero/heroin sorang je yang berada kat tempat tu, macam ||FILEM INI||..hikhikhik...

TAKERS release panggung 28/10/2010 ni. Aku cakap berdasarkan pengalaman dan selera aku ye. Jangan korang datang nak saman aku sebab cakap movie ni tak best ,kalo korang sendiri bukan jenis selera macam ini ye..erkk?

4 comments:

BeaN MorENo said...

aku dapat tapi tak sempat gi...demam plak!haha

.s.o.f.i.a. said...

ok, noted!

TAKERS dah masuk HAVE TO SEE list.... =)

- zuriey - said...

frust tak dapat invitation tgk takers..huhu

NUNU EERA said...

okkey.. cite ni lelap 5minit.. klu cite melayu yg lgi satu tu 50 minit.. ;p