Sunday, October 17, 2010

The Other Guys

The Other Guys, satu lagi filem santai + komedi by Adam McKay. Ni la movie yang aku cadangkan kalo korang ada plan nak layan latest English movie. Series tak kering guri ngko. Aku leh kasi 7/10 bintangz untuk movie nih. Walaupun agak bullshit dia nyer lawak, tapi tersangat OK berbanding yang lawak bodoh dalam 4Madu. Gosh...opss..filem kita, wajah kita. Tak baik kutuk maki secara langsung...ok2..off topic..

Nak sinopsis filem nih? Takyah la aku kasi, korang Google je, kompom banyak jumpa. Basically, filem ni berkisar tentang kehidupan dua orang anggota polis yang mahu menonjolkan sifat-sifat kepolisan masing-masing. Tu pun selepas kematian 2 orang detektif yang giler, yang sanggup memusnahkan harta awam berjumpa 2juta, semata-mata untuk menangkap tokan dadah yang ada dadah bernilai 70,000..Kalo tengok poster, cam The Rock ni yang jadi hero, padahal brapa scene je dia muncul, then mati ngan cara paling bengong..hahaha..

Kalo rasa korang rasa nak release tensen minggu lepas, this is the way. Layan beb..tapi kalo korang tengok, tapi tak rasa lawak pon, maybe something problem ngan emosi ko...better g check up...:-p

2 comments:

the other gurl said...

suke eva mendes.. huhu.. (u tau x yg mna..? ;p)

.s.o.f.i.a. said...

wah!!!! kena ajak azri pi tengok nie!!!!! tapi kat manjung cam tadak jer lagi =(