Friday, October 29, 2010

KELANTAN 0 NEGERI SEMBILAN 3 ???

...ATAU NEGERI SEMBILAN 0 KELANTAN 4???...

huh..hari Jumaat, plus ngan ramai big boss kat ofiz yang amik cuti, memang topik ni yang hangat diperkatakan - PERLAWANAN AKHIR TM PIALA MALAYSIA 2010 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, malam esok, 30 Oktober 2010, jam 8.50malam!!!

Yang penyokong Negeri Sembilan, pasti meramalkan negeri mereka bakal menjadi JUARA lagi tahun 2010 nih. Dan penyokong Kelantan lak, meramalkan negeri mereka akan menang besar tahun nih, 4-0!!! Ini ramalan tidak rasmi, dan hanyalah cakap-cakap tika solat Asar di ofiz siang tadi. 

Aku pon act tak kisah sangat, tapi pasti support Kelate, dah namanya orang pantai Timur kan. Nak cakap ikut perkembangan Piala Malaysia, takde la sangat. Entri pasal Piala Malaysia pon tak pernah buat, tidak macam SharingInfo yang sangat suka bola sepak. Weekly kompom update keputusan terkini kan?

Dari Negeri Sembilan ke Bukit Jalil takde la jauh sangat berbanding ngan Kota Bharu ke Bukit Jalil. Pape pon, kepada penyokong Kelate yang bakal bergerak ke Bukit Jalil, hati-hati memandu ya. Kang bola ntah ke mana, kereta tu ntah ke mana-mana lak. Dan harapnya esok boleh nampak semangat 1Malaysia, perlawanan akhir yang aman, yang melambangkan keperibadian penyokong bola sepak Malaysia, bukannya England mahupun mana-mana negara yang terlibat:-)

Eh2, dalam ngah dok borak-borak tadi, tetiba ada lak orang Perak menyampuk. Katanya, " Aku tak kisah pon mana yang menang, mana-mana team yang menang, kompom orang Perak menang gak..." Apakah maksud di sebalik itu..Dia cakap " Tepuk dada, tanya player..." :-p...

MAJULAH SUKAN NEGARA

5 comments:

azieazah said...

Ramai pemain bukan anak jati negeri yg diwakili pun, kan? kan? hahahahaha

Tapi kalu Kelantan kalah, agak-agak ada harapan tak kami di rumah tonton Stadium Bukit Jalil kena bom atau kene roboh, atau kena timbun botol??

Sharinginfoz said...

nak kelantan menang 2-1, anyway kalau rajin memang saya update pasal bola, he he

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak azie..setujulah kata-katamu itu..

JMR..tadikan terkejut lihat kat dashboard...eik..sungguh,,ingat kan bomoh mana dah bagi ramalan..hahahha

Anna Boleyn said...

den hobin jang hobin! hehe ;p

PinQib said...

suke tjuk enty ni;.. wakakka