Monday, September 13, 2010

Datuk Sosilawati & 3 orang lagi - pembunuhan kejam 2010

DIPUKUL, DIBUNUH, DIBAKAR & abu mayat DIBUANG..satu pakej pembunuhan yang sangat kejam dan bukan sebarangan manusia/insan yang mampu melakukannya. Try korang bayangkan camne deritanya mangsa dipukul dan ditikam bertubi2, then dibakar sehingga tinggal debu. Tak kira agama, tak kira bangsa, sebagai manusia normal perkara sebegini memang tak sanggup dilakukan kecuali dipengaruhi oleh faktor lain. Kalo tak dipengaruhi oleh setan, pasti dipengaruhi oleh DUIT!!!
Dikatakan suspek yang bergelar Datuk mempunyai harta kekayaan yang 'melampau' dan turut terlibat dengan kehilangan beberapa ahi perniagaan yang pernah berurusan dengan suspek. Suspek telah mengaku terlibat dalam pembunuhan ni,  pengesahan akan dibuat bila ujian DNA disahkan yg akan mengambil masa lebih kurang 2minggu. Pape pon, TAHNIAH utk polis Malaysia yang cekap melakukan siasatan sehingga menjumpai tempat mangsa dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. 

Ramai yang masih berharap mangsa yang dibakar itu bukanlah mayat Datuk Sosilawati. Kalo btol, memang kejam giler, pas dibakar, abunya lak dibuang di Sungai Pancha - dah macam upacara pengebumian sesuatu agama lak. Agak-agakla kan kalo nak sembunyikan bukti kes pon. Kesian kat anak-anak mangsa & juga sedara mara mangsa. Dah tu, seorang suspek juga dikatakan memakai jam tangan milik Datuk Sosilawati. Aiyaa dahlah dapat duit bertimbun, jam tangan pon nak rembat gak ke?

btw..
** korang nah terpikir tak, camner polis Malaysia leh kantoikan suspek dan menjumpai tempat pembakaran mayat Datuk Sosilawati & 3 mangsa lain even tempatnya amatlah tersorok? Syabas...

** Disebabkan duit, manusia sanggup bunuh membunuh. Agak-agak diorang nak buat pe la ngah duit berjuta-juta tu ek? Suspek yang bergelar Datuk, dikatakan mempunyai savings yang amat besar drp kemampuannya, bila dah kantoi gini, agak-agak bley tak duit tu MEMBANTU??
Ramai yang mendoakan semoga semuanya selamat & abu itu bukanlah milik Datuk Sosilawati. 
amin...~

12 comments:

..nOj.. said...

kejam macam setan. takleh byg betul manusia sekejam ini

Mr Noble said...

bile keputusan ujian DNA tu nak kluar?

CT said...

sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua....lepas ni datuk tu pun kena bunuh kalau sahih kes...

Sharinginfoz said...

semoga kes ni cepat diselesaikan dan dibawa ke pengadilan

mizzura said...

memang ada terpikir..wah hebat tul polis kita..tapi semua tu takkan jadi kalau takde saksi yang tampil beri maklumat..so syabas untuk semua saksi juga kerana bekerjasama dengan polis...

ayin~weeweet said...

malaysia BOLEH!

NuNu EeRa said...

kejam giler.. jdi kaye susah.. klu kdi miskin pun susah jgk..:(

Syima said...

diharap dapat jumpa senjata atau apa2 saja yg blh kaitkan pembunuhan ni dgn dato' pembunuh-semseng tu.kalau tak...pengakuan saje...ssh nak sabitkan...blh putar-belit kes...

ahli forensik n polis...go! go!

DKosongLapan said...

mmg kughang ajo caghe pembunohan ni dilakukan....takde peghikemanusiaan langsoing....patot bio suspek n co. dibuat caghe same die bunoh oghang.... kughang hajooo

Kaseh NazLieza said...

pembunuh itu sgt kejam..sgt sayu hati membaca kronologi pembunuhan itu!

Kaseh NazLieza said...

pembunuh itu sgt kejam..sgt sayu hati membaca kronologi pembunuhan itu!

© bLurr said...

tak pelik ke. suspek tu dgr cerita dah buat byk kali bunuh bunuh ni. dah beli polis whatever. tapi senang plak kene tangkap kali ni. takde plak timbul kes kes lama. hm. hope tu bukan datok.

just saying. :)