Thursday, September 16, 2010

Apa kaitan pembunuhan Datuk Sosilawati & isu perkauman?

Kenapa dicelah-celah kehangatan isu pembunuhan Datuk Sosilawati, tetiba timbul isu perkauman di celah-celah berita pembunuhan kejam tu?

Facebook, Twitter, Blog dsb sepatutnya dijadikan medium pengkongsian sesuatu perkara yang penuh beretika, bukannya makin membangkitkan sesuatu isu sensitif yang boleh memberikan impak negatif pada masyarakat. Try korang imagine, kalo tetiba berlaku rusuhan kaum disebabkan isu perkauman yang dibangkitkan drp isu pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Alasannya kaum lain telah membunuh dengan kejam satu kaum yang lain. Tapi mereka ni sudah lupa kot, ada manjang je kes kaum sendiri rogol&bunuh kaum sendiri, lagi teruk saudara sedarah sedaging sendiri. Jadi S.T.O.P la cubaan mengapi-apikan isu cam gini. Tak pasal-pasal lak nanti, elok2 ngah aman, elok2 pihak polis nak setelkan kes tersebut, timbul lak isu lain. Bukankah lebih menyusahkan tu pihak polis dan kita semua?

Kepada mereka yang cuba bermain dengan api di ruang siber, udah2 la tu ek. Then stop2 la dok sebar isu perkauman kot SMS mahupun medium lain. Nanti kita semua sebagai rakyat Malaysia gak yang rugi. Fikir2kanlah sebelum bertindak.

SELAMAT HARI MALAYSIA semua!!!!

5 comments:

Sharinginfoz said...

tak perlu le bermain isu perkauman, yang kita tahu ianya pembunuhan yang kejam

Norman vs Abby

a kl citizen said...

betullah dan setuju sangat

macam takde benda lain nak dibangkitkan, jenayah memang tak kenal warna kulit


→ : hari Malaysia yang tidak berbekas di hati

Wan Gerrard said...

Selamat Hari Malaysia dari Gerrard ^_^v

Lagenda said...

Sepatutnya, yang diutamakan, isu jenayah yg sangat2 kejam mcm hidup tak bertamadun tu!!

Anonymous said...

betul tu, sedih bila tengok isu ni jadi isu perkauman, kan kita rakyat malaysia, mana semangat ONE Malaysia?