Wednesday, August 11, 2010

Sahur jangan tak sahur...

Korang bangun bersahur tak? Majoriti akan bangun kan. Al-maklumlah hari pertama berpuasa kan..try acu cuba test tengok dah masuk seminggu dua puasa, pasti makin ramai yang malas giler nak bangun sahur. Kata perut dah terbiasa berpuasa seharian. Tapi, tahukah anda, SAHUR itu sunat? Sahur adalah satu rahmat dan berkat yg dikurniakan Allah ke atas umat Islam.
Hadis ada nyatakan:  
"Makanlah sahur, sekalipon seteguk air" 

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat mengucapkan selawat ke atas orang yg bersahur"

Melambatkan waktu bersahur juga adalah amalan sunat. kerana amalan ini dilakukan oleh nabi dan sahabat.

"Sentiasa umatku dlm kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya"

Satu lagi benda penting, amalan bangun sahur ni membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi & Nasrani(ahli kitab). Hal ini ada di sebut dalam sabda Rasullullah.

Saintifiknya, sarapan pagi penting utk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Mereka yg sentiasa bersarapan pagi juga menanggung risiko 50% lebih rendah diserang maslah kesihatan. Sarapana pagi tu merujuk kepada sahur gak ye....sarapan sebelum waktu subuh.....

6 comments:

Sharinginfoz said...

tepat sekali sahur memang bagus

UV Hampir 1,000

ejaMaria said...

hmmm... mesti bangun masak utk sahur... husband nak makan... anak-anak pun sama nak makan sahur dan nak puasa...

LUCKY_STRIKE_14 said...

Yang saya support Breakfast memang sihat...Selamat Berpuasa ya...

Matjoe said...

aku sahur nasik lauk tomyam pagi tadi

maslinamansor said...

Selamat menyambut ramadhan...

Semoga posa penuh yer... :)

~ ReD ~ said...

aku kalau sahur, seboleh2 nak makan nasi. kalau x, lembik plak spnjang hari..huhu

selamat berpuasa..:D


Review Filem Salt

Apabila Ramadhan Menjelma