Sunday, August 8, 2010

|| PIKOM PC Fair sekadar gah pada nama ||

Berakhir sudah PIKOM PC Fair 2010 yang berlangsung di KLCC, 6-8 Ogos 2010. Sejak beberapa tahun sebelum ni, jarang aku terlepas peluang ke PC Fair ni. Kompom kaki aku akan pijaknyer lantai KLCC tu bila tiba fair ni. Aku pon taktao mengapa&kenapa lor. Dan pagi tadi, sekali lagi aku terpacak kat sana. Ha, harini memba aku, si Malia kena jadi mangsa teman aku meredah lautan manusia di Kuala Lumpur Convention Centre. Badget kol10pagi sampai, dah kira awal la kan, kira tak ramai lagi la kan. Hambek ko..kat entrance pon dah berebut-rebut nak masuk, cam KLCC tu akan lari je kalo tak dikejar...

Pelik binti ajaib gak. Apa benda la yang diorang dok kejar-kejarkan sangat tu? Atau diorang pon sama je cam aku&si Malia, berjalan sekdar cuci mata & tambah info pasal teknologi-teknologi terkini yang ada kat Malaysia nih. Hall by hall kitorang pegi, takda apa yang leh buat aku teruja. Nak cakap pasal harga, aku rasa apa yang aku beli kat LowYatt ataupun DigitalMall PJ lagi murah daripada yang kat PC Fair nih. 

Aku kalo bab compare harga, memang feveret aku. Roughly, kalo gadget kesukaan aku, memang aku akan ingat la harga segala bagai nih. Toksah nak cakap harga asal RM350, pas diskaun ko leh kasi RM250, kalo benda tu aku dah penah beli ngan harga RM220..aiyoo..hancing sumer tu maa..yela, tapi tak sumer yang terkena bau hancing tu, ada gak yang aku perasan memang murah. Nak-nak barang camera, RM3k untuk Nikon D90+2kpg 4G memorycard+ 70-300 SIGMA + tripod + casing, kira murah lagi la kan..Tapi hati-hati gak, takot terkena barang tiruan, masak ko kalo kamera gedabak tu takde waranti yg sah. Apa yang aku leh cakap PC Fair ngan hari biasa kat LowYat, tak jauh bezanya, pandai ko cari kedai, pandai ko tawar menawar, dapatlah harga terbaik untuk barang yang ko hajati. Kalo tak, sama jer, manis mulut berbicara, masin tahik hidung, jangan ko rasa...

Act, aku takde plan nak beli atau cari pa pe pon. Saje je ilangkan buhsan di hari minggu. Ya, wiken ni aku di umah. Alang-alang free, ajak le memba aku lepak kat lautan manusia, KLCC! Pekena minum di Milano sambil borak-borak gosip pasal kisah-kisah lain. Hampir nak jadi rezeki kami, tetiba ada orang yang lalu tepi meja makan kitorang, terjatuhkan RM50, bukan sekeping tapi 3keping! 

Tak sempat puas tenung RM50 tu atas lantai, tetiba je ada sorang mamat Arab yang lepak belakang meja kitorang, selamba je amik 3keping RM50 masuk poket dia. Harem jadah, bukan ko punya,!!! Aku nampak orang lain yang tercicir duit tu weih. Nampak je berjubah & berjambang kerinting, kurang-kurang bahagia la sama rata! Aiehhh!!!.. Si Malia lak cam blur je, ambik la oii..then bahagi dua! Tak pasal-pasal si mamat Arab tu dah dapat doyan runtuh, nak buat camano, bukan rezeki kita..katanya sambil meleleh air liur...

.................................kalo tak, makan besar aku & Malia malam nih......hikhikhik:-p

5 comments:

mystd said...

hakuuuuuu jugok...terkesima beb!buke sokmo bulih jupo duit atas lantai RM50 + 3 keping plk tu...arghhh!!!siap main sepak2 tu x tahan...ingat bola ko apo?

aren said...

gila..duit jatuh dari langit tuh! saya pun pegi pc fair kt klcc gak sabtu ritu. tak beli pape pun. cuma teman member beli barang n collect apa2 barang free kat sana..haha

ketingting said...

suka pergi pc fair ~ beli pendrive banyak2. murah murah o0uh time tuh. tapi gi time ade duit je la. takde duit tak payah pergi, buat penat jalan jee. hehe

enyheartsdiamond said...

kalau eny takde acara apa2 pada hujung minggu baru eny p pc fair :)

mummysyafie said...

tu la lambat sangat nak bertindak, kan dah diambik orang arab tu.

tapi dik..kalau bukan hak kiter..was2 gak nak amik. naper tak bagi terus kat orang yang terjatuh duit nya. entah2 rm150 tu duit yang tinggal tuk sambut pose. hihihihi...