Thursday, August 5, 2010

Mesej utk Student&FreshGraduate : HATI-HATI DENGAN TAWARAN KERJA BERGAJI LUMAYAN



|| PERHATIAN : PENIPUAN TAWARAN KERJA DENGAN GAJI LUMAYAN ||

Seringkali sesetengah pihak mengambil kesempatan ke atas kenaifan seorang lepasan / graduan yang sedang mencari pekerjaan pertama mereka. Niat mereka seolah-olah mahu membantu untuk memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang baru menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Harapan yang diberikan terlalu tinggi, sehingga kadangkala mengaburkan pemandangan&pemikiran seseorang graduan yang masih baru di alam realiti.Akibatnya mereka senang-senang ditipu oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan dalam industri Oil&Gas dengan gaji mencecah DollarBrunei 8000 sebulan. 

Ini adalah kisah benar. Seorang kawan, (Zayd bukan nama sebenar) aku amat teruja dengan tawaran kerja sebagai Process Engineer di sebuah syarikat minyak yang berpengkalan di Brunei. Korang bayangkan, gaji yang ditawarkan dalam matawang Brunei sebanyak 8900 untuk sebulan, belum lagi ditambah dengan elaun-elaun lain. Interview lak dalam gaya yang amat sempoi, hanya di cafe, bermodalkan gaya & penampilan yang profesional, dan juga janji-janji yang mampu membuatkan dia tersenyum. Ye la kan, mana tak nya, seorang graduan muda, mencari pekerjaan pertama dan ditawarkan dengan jawatan tinggi & pendapatan di luar jangkaan. Kalo korang, apa yang korang akan buat?

Tapi aku respek kat memba aku ni, Zayd bukan nama sebenar. Mampu berfikir dengan matang. Dia tak terus memberi respon atau terus menerima tawaran tersebut. Mampu lagi menyiasat sejauh mana benarnya peluang yang dia dapat. Mungkin sedar kemampuan diri atau mungkin sedar dia tak layak, itu dia punya pasal la kan..hahaha..tapi tindakan dia betul, menyiasat terlebih dahulu & jangkaan dia betul, WAKENABEB!..www.maqoils.com (opss..tercakap sudeh..) adalah satu sindiket yang menipu graduan-graduan muda yang naif & sedang mencari kerja. Modus operandi adalah mendapatkan bayaran pendahuluan daripada si pencari kerja berkaitan. uishh Ada ke nak bagi kije, tapi nak kena bayar macam2 at the first place, kena bayar tiket flight kt diorang la, kena tax mcm2 la, ntah2 nak beli safety boot pon kena kasi duit kat diorang gak kan. Iskh2..Seb baik memba aku, Zayd bukan nama sebenar ni takde duit mana, so berkira la sikit kan, kalo ada duit banyak, kompom2 on the spot dia terus bagi duit segala bagai kan, almaklumlah pasni leh dapat DollarB 8900/month..banyak tu woooooo....

Jadi, kepada mereka yang ghairah mencari pekerjaan, jangan sangap, ghairah, atau terlalu taksub dengan tawaran yang amat lumayan. Pikir & renung2kan dulu surat tawaran kije tu, kalo perlu berdiskusi dengan famili, diskas luh. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, mula la nak jadi setan..hahahah...HAVE A NICE DAY!

Pesanan ini dibawa khas atas tajaan Zayd bukan nama sebenar, dihostkan oleh JMR23.com. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan beliau di FB Zayd Shariff.Sekian.

10 comments:

mummysyafie said...

kalau akak kater akak pun pernah kena, awak percaya tak?

tapi ni bukan tawaran bekerja..yang ni tawaran untuk amik pic sekeluarga tuk majalah. tapi kater nya..ada bayaran.

hubby macam curiga..sebab 3-2 jumpa still lom ada kater putus. lastly..dier nak jumpa akak sorang je..without hubby, nak discuss sumthing konon

pastuh..hubby call editor majalah. nak tahu camne rules nye nak amik pic orang. sah2 editor tu kater weols kena tipu.

sebab artis pun tak kena bayar tuk masuk majalah. ni sindiket yang tipu orang n pilih mangsa melalui penampilan.

kiranya dier nak tunggu akak jumpa dier sorang..n time tu dier nak pukau or rompak.

Sharinginfoz said...

memang betul tu, sekarang ni macam2 ada, diaorang just nak cari kesempatan, selidik betul2

Apa Yang Menarik di Zhaneez Craft

.s.o.f.i.a. said...

pelik naper kawan hang yang bukan nama sebenar tu guna nama zayd bukan nama sebenar kat FB..... he he.... taik tul!!!

tapi job offers macam nie my friend pun penah dapat (or should i say PERNAH KENA)..... naseb bek dia tak terpengaruh....

Along25 said...

terima kasih atas info JMR!

nuraarin-life said...

hmm... tulah masa tengok iklan kat paper pun ada yang mencurigakan... Buat fresh graduate, berhati-hati lah, berita pun ada juga tunjuk yang ditawarkan kerja gaji lumayan, rupa-rupanya jadi jurujual jer

baincardin said...

Salam Jumaat.

Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

- zuriey - said...

ada ke patut nak cari keje kena bayar cam2..nampak sgt tipu..org dah tentu takde duit sebab tue nak cari keje

Matjoe said...

btul tue. tawaran kalau tak masuk akal mmg kene selidik.
kene pulak paw duit. lagi laa hampeh

fresh grad gaji paling byk nk bagi pun 2.5k jerr

Sir Marcello said...

hah..aku dah banyak kali jumpa...gaji tip top lumayan...tapi tak r desperate sangat...so aku tolak jer...kompem ada yang tak kena...

ketingting said...

bukan senang nak senang. kalau nak kaya cepat dengan kerja gaji beribu ribu lemon, aiyoooo ~ udah ler. memang banyak yang dusta pun semuanya.