Thursday, August 5, 2010

KL Rat Race 2010 : berlari-lari anak tikus bersama CEO

The Edge Bursa Malaysia Kuala Lumpur rat race 2010

Petang Selasa ritu, memba aku, Faiz ngongek a.k.a Shirota ajak aku ke Larian Amal Sia-sia kena maki kalo aku yg kena berlari, seb baik hanya tengok orang berlari ye. Ini adalah charity event, untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada beberapa badan yang telah dilistkan. Banyak gak badan korporat yang join event ni & aku respek kat diorang, even CEO & top management pon sanggup turun padang berlari-lari anak tikus tanda sokongan. Tahun lepas, RM1.75juta berjaya dikumpulkan melalui Rat Race ni.

Walaupun panas giler, aku tengok orang-orang Maybank ni happy giler menari-nari di atas jalan tar panas tanda sokongan kepada team masing-masing. Ada banyak gi team cam Celcom, OCB, Sapura, Kenanga dll. Sambil tunggu acara larian tikus bermula, layan gk tengok diorang ketawa hepi & bercheerleading. Baguslah, diorang ikhlas utk memeriahkan lagi charity event nih. Ke seronok sebab boleh off halfday ari nih ek..heheheh  

 Larian amal ni dibahagi kepada dua kategori, kategori utk CEO dan kategori terbuka. Kategori terbuka dah biasa, yang luar biasanya apabila melihat CEO bersungguh-sungguh berlari walaupun dengan seluar slack, necktie, blazer & skirt lagi ok. Berlari membawa nama company masing-masing, haruslah bersungguh-sungguh kan. Sampai tak nyempat nak tukar baju kan...hehehehe

 
See..necktie biru lagi tu, berlari-lari anak tikus bersama awek berskirt lagi tu...heheheh..pape pon tahniah untuk top-top management ni sumer. Camni la bos yang terbaek, sanggup berpeluh untuk program amal kan.

Act, aku ke sini pon untuk tolong memba snap gambar terbaik, katanya ada contest gambar untuk event ni anjuran Bursa Malaysia. Cam best je hadiah dia. Hope gambar yang dia pilih leh jadi pemenang. Lumayan hadiah katanya. Jgn lupa half2 kalo dapat ek..heheheh

7 comments:

Hazzy Ishak said...

agensi2 kerajaan lain patut buat macam ni jugak kan

Matjoe said...

payah jugak lari pakai tie

J.M.R said...

hazzy: ptotnya diorang yg kena bykkn aktivit cam gini kan..heheh

J.M.R said...

matjoe: ko nah cuba ke bro?:-p

NuNu EeRa said...

lps ni nk lari pki bju kurg plk.. kebaya ke.. xpun jubah..;)

J.M.R said...

nunu : kl sanggup, buatlah..hahaha

enyheartsdiamond said...

tak ajak pon :|