Tuesday, August 3, 2010

CUCI The Musical 2

Akhirnya, semalam tak terupdate gak blog JMR23 untuk sehari, selepas dua tiga bulan daily update dgn penuh disiplin. Bukan sebab apa pon, Ahadnyer aktiviti sangat best dan sangat memenatkan badan selepas tu. Then pagi Isnin dh kena get ready ngan segala bagai persiapan untuk sesi appointment pada petang semalam. Pas dinner time ngan cik puan, baru la dapat rest kat umah. Tapi, tika tu dah tak bertenaga nak coret anything kat jmr23 nih.
Korang dah tengok Cuci The Musical 2? Rasanya dah ramai yg tengok kan, coz dah start since 27Julai 2010 lagi kan. Aku  baru je tengok hari Ahad hari tu, tu pass yang aku dapat daripada Peraduan Cuci Macam Saya. Since dapat vip seat, kat depan aku mmg dah digazetkan untuk dikosongkan, stage view mmg clear giler. Dah tak yah nak jenguk2, or gerak-gerak pala nak tengok lakonan giler geng-geng cuci tu. Gelak pon tak ingat dunia coz area seat tu kami yang punya!, mmg dah tak segan silu nak gelak guling-guling.

Nak bandingkan dengan CUCI The Musical yang tahun lepas, sebenarnya tak banyak beza & tak banyak sama gak. Ada la pembaharuan, dan ada la juga peningkatan. Lagipon tahun ni, aku pergi tengok pon selepas 5hari diorang start CTM2 ni. Tu pasal lakonan setiap casts pon cam dah mantap giler ok. Lakonan si Nabil yang gantikan Ac Mizal pon leh dikasi pujian. Gaya selambar & lawak spontan si Nabil Raja Lawak ni yg banyak membantu menghidupkan suasana ceria. Gaya Awie & Afdlin Shauki mmg dah terbukti, takyah cakap la kan. Badan je besar&tough si Awie ni, tapi tang buat gaya lembut yang aku takleh tahan gelak. Gelak guling2 woo..Part paling aku suka, bila dia panggil sorang minah ni ngan panggilan 'Bra!', katanya dah kalo laki panggil 'Bro!' , harusnya pompuan kena panggil 'Bra!'. Mengucap panjang bro kat sebelah aku..heheheh
Harus ada gambar VI ni kan. Dah berkali-kali jumpa dia pon, masih sama cam dulu. Tak sombong mcm NA, kalo mintak bergambar ngan gaya gila2 pon boley ajer. Nak jadik artis/selebriti kat Malaysia ni, kena la selalu senyum & bersabar walau dalam apa jua keadaan pon kan, camtu la baru peminat sayang sampai bila-bila. 

Pa pe pon, sangat enjoy CTM2 tahun ni okkey! 3jam lebih dok atas seat kat Istana Budaya KL tu pon, still tak panas-panas lagi. Gelak pecah perut toksah citer la. Kalo ada orang dok kat seat depan aku, mahu basah kepala dia ngan air liur aku. huhuhuh...Sehingga berjumpa lagi di CTM3!!!

**teringat lak, tiket tahun lepas pon dapat gk, tapi sapa yang bagi ek? camne leh lupa nih..hmmm...

14 comments:

MiszNoRuL said...

ala, ruginyer tk pat nonton Cuci 2 ni.. tahun lepas pegi la tengok..mmg berbaloi pegi tengok..gelak guling2 jugak..naseb baek takleh nk guling2 atas karpet tu..

tengok review pn dh ok la kn..Thanks JMR

Ery Farieha said...

x penah lagi aku jejakkan kaki ke istana budaya tu
hohohoh

- zuriey - said...

anyway saya pun pergi gak tgok..nampak bro masa tue..tapi xsempat nak kejar nak tegur

cik helena said...

kenapa saya tak pegi tgk eh!konpius lah!haha

maslinamansor said...

kak ina KL pun kata syok teater CTM2.

tak nak belanja ker?

Sharinginfoz said...

tak pernah lagi sampai sana... even ada peluang sebelum ni

naz said...

paper hari ni byk respon kata best

.s.o.f.i.a. said...

bile la si azri nak beli tiket.... asek OK OK OK tapi harrammm.....

~ ReD ~ said...

sengal je BRA n BRO..miahahah


Entri hari ini : Gempar! Anak Vampire Kantoi Hisap 'Darah' Di Siang Hari

Jard The Great said...

selalu gak gi istana budaya.. cuma gi teater je belum.. ehehe

kak ina kl said...

memang best kan..time akak gi tu ada berhenti kejap..ada jamuan dari astro..tu sebab lagi lambat balik.

NuNu EeRa said...

owh.. ni dikire wat2 lupe ni, bro..!

Hamzah Ian said...

ade tiket free tuk gua tak???

♥xaturen♥ said...

salam,
errr.. tak tau cerita ni.. saja tumpang sibuk kat sini,

hehe...