Thursday, August 26, 2010

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM & PESARA - raya sakan la nanti ye..

TAHNIAH kerajaan Malaysia di atas agihan wang bonus RM500 untuk semua kakitangan kerajaan bergred 1 hingga 54 & pesara. Aku pasti makin bersemangat kakitangan kerajaan meneruskan saki baki kerja sebelum bercuti panjang sempena Aidilfitri nanti. Mungkin aduan rakyat yang bersungut macam-macam benda negatif tentang servis di jabatan kerajaan tidak akan timbul lagi. Dan diharap, semoga kakitangan kerajaan akan terus menyokong kerajaan sekarang ni ye, jangan belot, nanti raya tahun depan tak dapat bonus lagi. Sayangilah kerajaan sendiri sebab duit tao, bukan sebab benda lain. Nanti tertekan, terus kerja tak jalan. Tak elok la gitu kan..hikhikhik...oh ya, ini bukan berkempen ye, ini ucapan penghargaan tao..Sila baca dengan nada berbangga & kefahaman yang tinggi..hikhik..

Pape pon, berwaspadalah & berbelanjalah dengan bijak duit bonus tu. Kalo rasa taknak leh jer bank in kat aku, nanti aku bagi no akaun ek. Bestnya dapat bonus kan, baik sungguh hati kerajaan Malaysia..Tidakkah kita rasa bertuah&beruntung menjadi rakyat Malaysia?

ermm..kakitangan kerajaan Jepun tak dapat bonus ker?..hahahah..kan best kalo dapat gak..

**rasa nak ngadap Mr.Uchiyama lak, minta bonus raya gak. Huh..takpe2, syukur la dapat gak cuti raya 5hari, at least diorang respek Aidilfitri gak kan..hehehehe

18 comments:

ejaMaria said...

bole la senyum sikit... klu bagi bonus satu bulan, baru la akak senyum meleret... ;D

MiszNoRuL said...

ye, terima kasih yg tak terhingga pd kerajaan malaysia.. SYMP, berkhidmat untuk negara, Jasa kepada rakyat ...hehe

- zuriey - said...

dapat juga diorang duit raya..

azieazah said...

Hmmm kalu malas lagi tak tau lah. Kalu tunjuk muka cemberut lagi kat kaunter, memang tak patut...!

*Jangan tak tau, masih ada pekerja awam ni yang masih jual jual kain tudung manik segala, dan mengait dan menyulam di ofis.. sambil gossip sambil borak ngumpat... Ini fakta (wpun cuma segelintir)

penganggur ;p said...

klu kerajaan jepun dpt bonus jgk, boleh la sy beraya sakankan..;)

SHIKIN said...

syukur sgt. ingatkan tak dapt.mcm nak nangis hentak2 kaki hari tu. Nasiblah kerajaan memahami naluri hati kitaorg. hrp2 kerjaan jepun pun bg gaji kat korang ye..bolehlah jln raya ke rmh pekerja jepun hehee

lionteen said...

ley mintak mak blnje ni...
hehe

Anak Malaysia said...

Biasa lah tu... bapak mana tak sayang anak...akhirnya beri juga bonus khas RM500.

Tapi cuba fikir kekantung mana perginya duit ni nanti...lebih kurang RM900 juta ringgit. Banyaknya tu...

Katakan kita belaja RM500 untuk :
20% - duit raya ke kocek anak-anak ...akhir pergi ke kedai runcit beli aiskrim ke gula2 ke...
40% - pergi ke Petrol stesyen Petronas, shell, esso - duit minyak balik kampung.. boleh raya sakan..
20% - duti Toll - Plus yang dapat
20% - Belanja pasar beli daging 2 kilong , ayam sekor buat rendang... beli lah apa-apa yang lain ...yang ini dapat kat Peniaga di pasar-pasar...

Selamat Raya sakan.

.s.o.f.i.a. said...

bonus dok dapat tiap2 tahun tapi servis cam haprak.... buat muka macam BAPAK depa bayaq gaji... depa tak sedaq ka dwet kerajaan tu mai dari cukai yang aku bayar....?? dengan kata lain gaji daorang tu aku yang bayar... (geram kes servis pej pos macam taik tadi)

ejum said...

kalau nak diikutkan, pada yang dah berkeluarga, rm500 tu sekali belanje barang-barang dapur pon dah boleh habis..
harap2 penerima gunakan duit tu sebaikmungkin, jgan pulak buat beli mercun..hehe

maslinamansor said...

syukur dengan rezeki yang aku dapat...

kak ina kl said...

memang kalau nak di ikutkan sikit sgt..tak perlah..lepas gak nak buat belanja beli maggi lepas raya sebab budget lari

mummysyafie said...

teringin nak dapat bonus sebulan setengah macam zaman tun dulu. sebenarnya RM500 tu tak cukup dengan apa yang kakitangan korbankan. harga barang sekarang semakin tinggi..

tapi bersyukur jugak la daripada tak dapat apa.

Seimura said...

wahh bestnya dah dapat duit raya. weeee~

Matjoe said...

janji dapat!
komen byk2 bila suruh cari kerja lain takmau pulak

Linglung said...

tu la..untung kakitangan kerajaan dpt duit lebih...eh, tp kakitangan yg bukan muslim dapat jugak ke??

Syima Syaz said...

alhamduillah...citibank bagi bonus 3 bln tapi...lepas raya...maybe bagi masa krismas kot sbb kerajaan new york..janji ado!

Anonymous said...

Sebenarnya RM500 tu tak cukup. Kerajaan mampu bagi lebih lagi senarnya. Tapi dia org tak nak bagi. Come on fight2... nanti duit gomen pegi tempat lain.. fight la.. kau org kerja kuat utk gomen..