Thursday, August 19, 2010

Baik buruk BUFFET RAMADHAN

Bila Ramadhan tiba, masing-masing berlumba nak pacak iklan Buffet Ramadhan masing-masing. Tak kisahlah hotel ke, restoran ke, cafe ke, gerai ke, bahkan kedai mamak mapley pon nak wat promosi buffet gak. Harga lak masing-masing di luar budget pada hari biasa. Yelah kan, biasa makan malam individu, paling banyak pon RM12 seorang coz amik set L ,Spicy Chicken McDeluxe ngan Sundae. Tapi bila pekena buffet Ramadhan, paling RM25 satu kepala untuk kedai makan biasa. Belum kira hotel lagi, mahu sampai Rm89.90 untuk satu orang...
Ada orang suka Buffet Ramadhan ni sebab aneka pilihan yang ada depan mata. Tak dinafikan, mustahil untuk memasak semua juadah tu dalam satu petang, sekiranya berbuka di rumah. Mesti menarik & menghiburkan hati kan bila tengok juadah yang bermacam jenis tu. Ni situasi sebelum berbuka puasa la kan, meriah je tengok semua lauk pauk, masakan Timur ke, masakan Barat ke, semua rasa mampu je masuk perut time berbuka.

Kemampuan nafsu menganalisis kemampuan perut menampung kuantiti makanan yang masuk adalah sangat berbeza sebelum & selepas berbuka. Sebelum berbuka, nafsu menganalisis kemampuan perut menampung kemasukan juadah adalah 100% berbanding dengan selepas berbuka, akan menurun sehinggap 30%. Nafsu akan kata 'boleh lagi', perut dah kata 'cukuplah, kesian aku woiii..'  Bermakna hanya 30% sahaja yang mampu dimakan daripada keseluruhan juadah yang terhidang di buffet ramadhan. Katakan harga pakej Buffet Ramadhan ialah RM50, maka jumlah keseluruhan yang mampu dihabiskan hanyalah sebanyak 30% atau RM15. Rasanya susah nak jumpa mereka yang berpuasa, berjaya menghabiskan juadah sebanyak 100% daripada keseluruhan bilangan juadah yang terhidang. Kalo anda boleh, sesungguhnya anda amatlah bertuah dan pandai menguruskan perbelanjaan harian anda. 

Itu hanyalah teori. Tapi seelok-eloknya 'makanlah tika lapar, dan berhenti sebelum kenyang'..itu yang lebih afdal kan. Tapi janganlah ko g makan lak lepas azan zohor, alasannya LAPAR!...dah namanya puasa, menahan diri daripada makan dan minum, kompom la lapar. Aisehhh...
Jadi, atas masing-masinglah nak tentukan baik buruknya Ramadhan. Asasnya, makan biarlah berpada-pada jangan sampai membazir. Jika ko mampu, makanlah seadanya. Ingatlah insan-insan yang serba kekurangan. Dalam kemewahan kita berbelanjan untuk juadah berbuka, pasti ada insan yang amat daif untuk berbuka biarkan dengan secubit nasi..renung-renungkan dan selamat beramal...

psstt..kalo korang blanja JMR berbuka, kompom takkan kerugian..kompom licin menjilat pinggan wooo..cepat2 listkan nama yang nak blanja aku k!!!

TERUSKAN PERJUANGAN & SELAMAT BERPUASA YA...:-)

16 comments:

Filla ~ Kasih said...

hahahahah.. baru pas berbuka buffet!!! tapi kalo ada nak ajak JMR.. ajaklah mak skali..auwwwwwwwwww... mak mampu habeskan licin!!

cik GULA-gULA said...

banyakne makanan..
lapo la terasa

Adlina Husaini said...

memang teruja sgt bila iftar secara buffet
tapi lepas tu..balik umah nyesal sebab membazir je dengan harga yang dibayar..takde mampunye nak makan byk2..

cik selamah kundang said...

hati2.buffet ramadhan hotel byk yg sijil halal xda.check dulu before pegi k

hazman aka species1980 said...

Hanya berpeluang makan BUFET RAMADHAN kalau ade orang atau bos2x yang nak belanja jeee

kisahsensasi said...

Harga set buffet ramadhan akan sentiasa meningkat SETIAP TAHUN.... tapi makanan yang dihidangkan lebih kurang sama jee... haish...

NenekPenne said...

sokong, makan biarlah berpada2... sebelum berbuka memang rasa boleh makan semua...ais kosong pun rasa sedap..tapi bila berbuka??? berbaloi ker bayar RM100 per head untuk semua2 tu? fikir2kan dan selamat beramal....

NuNu EeRa said...

sesungguhnye..buffet ramadhan merosakkan diet anda..okkey..

mak batin said...

mak batin kira satu2 benda yg diambil kalau g buffet. dah cukup nilai rm50 baru berenti makan. nafsu gajah betol

mummysyafie said...

kiranya berhenti sebelum kenyang lah yer..tapi selalu buffet ni leh sampai kol 10 malam. akak selalu gi buffet kat hotel ni bila ada majlis berbuka..or gi ramai² ngan kawan baru syok

maslinamansor said...

Tak pernah pergi bufet... tak dak org nak belanja...

Kalu nak makan sendiri pun, mahal. Lebih baik guna RM 50 tue belanja untuk 3 hari buka puasa punya... :)

Eyriqazz said...

bila bro nak blanje berbuka puasa?kami talibarut kak ina kl anytime..hik3..

ejum said...

JMR jmput datang umah bbka..ahhaha

.s.o.f.i.a. said...

me organize iftar sesama geng.... buat pot luck. laie best. santai jer...... makanan pun make do ja la apa yang ada, janji meriah.....

25hb nie baru iftar anjuran syarikat..... ingat yer bro, 25hb. 25hb tau!!!!!
(saja nak remind banyak2 kali supaya ko ngan nunu tension dan beli hadiah besday aku!!!)

Dayat said...

Buffet kalau bawa yang kaki makan betul2 untung la :)

Matjoe said...

KALO FREE BARU MAKAN. NAK KAR DUIT SENDIRI MCM X BERBALOI