Tuesday, July 13, 2010

The Rule of Third (RO3)

Komposisi(composition) adalah salah satu asas dalam penghasilan imej yang berkualiti. Terdapat beberapa teknik untuk mendapatkan komposisi yang mendatangkan kelainan pada imej yang terhasil. Salah satu daripada ialah mengaplikasikan The Rule of Third pada imej yang dicapture. Tidak semestinya dengan hanya menggunakan DSLR a.ka. kamera gedabak besor, baru boleh menghasilkan imej yang cantik. Dengan hanya menggunakan compact camera atau camera handphone pon mampu menghasilkan sesuatu imej yang baik. So, apa itu THE RULE OF THIRD?

Rule of Third merupakan posisi atau kedudukan sesuatu subjek di dalam sekeping gambar. Imej di atas menunjukan 2 garisan melintang & 2 garisan menegak(Grid) yang digunakan dalam Rule of Third. Titik persilangan/intersection merupakan posisi yang mempunyai focal point yang terkuat. Dengan menggunakan teknik ini gambar akan menghasilkan lebih tenaga dan daya penarik berbanding dengan subjek yang berada di tengah. Nisbah bagi kawasannya ialah 1:2 atau 2:1.

Bagaimana mengaplikasi The Rule of Third dalam imej kamu?
Ok, tika nak klik shutter tu, imaginekan(tidak semua camera mempunyai garisan grid) subjek yang difokuskan terletak pada garisan grid di atas. Tak kiralah di atas garisan bawah sebelah kanan, mahupun kiri, ataupun pada garisan atas di sebelah kiri atau kanan. Asalkan di atas garisan ataupun di titik persilangan.

Berpandukan gambar biri-biri di atas, kita dapat lihat 1/3 adalah kawasan berumput dan 2/3 lagi permukaan air. Biri-biri sekor tu lak terletak di antara titik pertemuan 4 garisan panduan.

 Untuk memahirkan pengguna RO3, cuba praktikkan beberapa posisi subjek. Take ur time, imagine the position, RO3, background & KLIK!

::credit images to Google ( variety sources)::

Tips JMR: Take your time untuk fikirkan komposisii subjek dan latar belakang. Better klik subjek mengikot RO3, daripada membuang masa menggunakan editing komputer. Fikir2kan lah...

RO3 tidak diwajibkan untuk semua imej. BREAK THE RULES! adalah dibenarkan mengikut kreativiti photographer ye...

7 comments:

a kl citizen said...

suka entri yang ini...... dan entri lain juga
tapi entri ini bagi pengetahuan baru
tak pernah tahu

tq

terbaru dari saya : makan pil

ezam said...

tengs bro....baru guwe tawu fungsi mendalah ni..hahaha

eyriqazz said...

huhuhu,tak faham bro..pening2...hik3..

kew_chop said...

thanks, info yg sgt berguna.. matta, yoroshiku..

mummysyafie said...

thanks for the info..tapi still tak leh faham betul². tapi nanti nak belajar lagi la

NuNu EeRa said...

slalu failed RO3 ni.. xpe2, prctice make perfect.. nk cube lgi..

nur said...

tq 4 sharing here..