Friday, July 30, 2010

Pencarian bermula lagi...

Setelah menelajah beberapa tempat, aku masih belum berpuas hati dengan prestasi benda ni. Sekejap ok, sekejap tak ok. Mula-mula pergi, positif, kemudian pergi yang kali kedua, negatif lak. Aku rasa, disebabkan terdapatnya beberapa komponen dalam benda ni, nak dapatkan yang perfect untuk kesemua bahagian adalah sukar. Tu pasal, hari ni, part ni yang ok, kendian, skali lagi, part tu lak yang tak ok..Sabar je la..

Ni ha, ayam penyet la. Yang terbaru aku pekena ayam penyet ni kat Restoran Periuk Belanga, Platinum Walk, Setapak. Kat Danga Bay pon ada gak kan kedai nih, rasanya yang ni cawangan terbaru diorang. Ke sini pn secara kebetulan, dan dicadangkan oleh tokey kedai nih. Kata killer food kat Periuk Belanga nih.

Ada yang tak tao apa tu ayam penyet? Penyet tao? Erm..Ayam goreng berempah je kot, then dipenyet/diflatten kan. Tu yang nampak cam ayam kena gilis ngan kete je kot. Opss..jangan riso, sebelum kena gilis tu, sempat kena sembelih, so HALAL kan..Ayam penyet ni dimakan ngan nasi putih, sambil, ulam dan tempe&tauhu goreng.

Bagi aku, selain ayam goreng yg dipenyet ni, faktor sambal pon penting gk. Kalo layan giler sambal ni, maka terbaek lag ayam penyet kat kedai tu. Kat Periuk Belanga ni, ayam goreng pon garing, saiz pon besar & sambal pon takat leleh la weih. Bikin nangis syahdu gitu. Fuhh...boleh je kalo nak datang lagi nih..

Kat mana Periuk Belanga ni? Korang tao tak Nasi Lemak Mali's yang kat Danau Kota tu. Ha, kedai ni belakang Mali's tu je act. Kalo taktao gak, leh tanya Pakcik&Makcik Google Map. Makan tu baca bismillah ye, nanti tak pasal meleleh air mata, orang igt ko gadoh laki bini kat kedai tu plak, sebab sambal dia pedas woo..

**tetiba aku sendiri lak yg meleleh air liur teringatkan menda ni..aiehh..

7 comments:

Sharinginfoz said...

pernah gak cuba tapi for me just ok kot, yang saya cuba kat wangsa walk

Jom Ayam Penyek

SHIKIN said...

tengok dlm gambar u nie memng kecur gile...meleleh air liur..zup sedut balik huhu..pernah cubalah kat jb tapi tak berapa nak best maybe faktor sambal mcm u ckp dan tak de kuah...kering sgt..

maslinamansor said...

dekat jusco perda ada restoren ayam penyek...
Nanti nak try pula... nak tayang kat JMR... hehehe

Mieza vs Rory said...

erkkk sedpnyer....tpi nasi lemak kt malis tuh lg sedappp

- zuriey - said...

ni ke rupa ayam penyet..takpernah makan lagi
selalu dgr org citer je

.s.o.f.i.a. said...

bila junior nak banjer senior....???

jamar, jom HRC malam ahad!!!! party with dayang yokk!!!

Matjoe said...

hmmm, ayam penyak mahal laa jugak. sedap but still worth the price