Monday, July 12, 2010

|| Paul Sotong World Cup 2010 dalam kenangan ||


Nak ucap TAHNIAH pada team SPAIN&Iniesta, kompom diorang tak baca&kompom gak diorang tak faham BM nih kan. So, aku nak ucapkan TAHNIAH pada penyokong2 Spain yang paham BM, tak kira korang di dalam Malaysia mahupun luar Malaysia. Tak sia-sia 'KITA' menyokong SPAIN dari dulu sampai sekarang..hahaha..jangan marah penyokong Germany&Holland yg kat depan tu.

TAHNIAH juga untuk Paul sotong peramal, maybe pasni leh jadi duta FIFA lak kan. Better simpan Paul ni sebelum dibeli oleh taiko2 judi bola antarabangsa. Dan pasti, pasni ramai yang akan merindui Paul sotong World Cup 2010 nih. Tapi ramai gak yang mengancam menggoreng kunyit, mahupun menyambal sotong ni, gara-gara mereka berfikir menggunakan otak lutut. Sotong je pon, tu pon nak emo..aisey, pasal tak goreng kunyit ajer burung Mani tu, takpon masak sambal tikus pink tu? Ahakz...Yang dah lepas tu, lepas la. Yang kalah tetap kalah, sabar ye penyokong The Oranje..TAKZIAH utk korang...

Semua dah selesai dengan amannya. Pasni dah takde yang datang lambat ke ofiz, pasni dah takde yang mata merah time meeting, pasni dah takde budak sekolah yang ponteng kelas, budak uni yang skip lecture dan juga mungkin juga dah kurang yang amik EL. Tapi, apa yang pasti, pagi ni pon, ramai yang berMATA MERAH ke ofiz, lecture mahupun sekolah. Silap2 pengetua pon skip perhimpunan pagi Isnin & CEO juga delay weekly meeting ke petang nih. Syorgaa kalo dapat lentoq dalam ekon, berselimutkan comforter. Lagi syorrgaaa bagi penyokong SPAIN. 1-0 pon tetap WORLD CUP CHAMPION, betul tak penyokong2 Holland???

Paul, World Cup 2010, Spain, Netherlands, South Africa, Waka waka eh eh...KISS AND SAY GOOD BYE...

*jumpa lagi 4 tahun akan datang di BRAZIL..sokong team Brazil la plak...huhuhuhu

13 comments:

NARDtheNERD said...

i tidoq je semalam.
bahaha.

ejaMaria said...

aku nak tau ape jadi pada
Paul...

JMR said...

nard: lorr..aku baru nak tido nih..hahaha

eja : tak sotong masak sambal, mesti sotong celup tepung..hahahha

ezam said...

berangan nak tengok final..sekali tertidoq dengan tangan maseh kemas atas keyboard.bangun2 dah 8 pagi.



tahniah spain.

JAI said...

Hahaha..I LOVE SOTONG..muah..muah..muah..wakakaka VIVA SPAIN

miEz haNeM said...

skang sotong menjadi sebutan!

hooreyy

Hazzy Ishak said...

berakhir sudah...

Matjoe said...

kita layan euro 2012, nice jugak tu. revenge time for belanda....

BlueCivic said...

wahh, lawan brasil di maracana, eh? sure goyang punya, nnt...

haslina said...

walaupun tidak menyaksikan semua perlawanan..tetap terasa akan merindui piala dunia...
lagi sedih bila argentina kalah...whua whuaa

ken said...

watch until so tired.. wanted ned to win =/

enyheartsdiamond said...

kalau org spain tak paham, depa boleh translate entri nih.. try translate in english tgok.. tunggang langgang ja ayat :p

eleyhhh! JMR bukan sokong spain pon.. lalang :p

JMR said...

eny: btol la..supporter Spain ma,sejak GERMANY KALAH..diulangi, germany KALAH..hehehehhe..