Saturday, July 17, 2010

[MOVIE] DESPICABLE ME..euuww...

Movie: DESPICABLE ME
Director: Pierre Coffin; Chris Renaud
Cast: Steve Carell, Jason Segel, Russel Brand, Julie Andrews
JMR Rating: 7/10

Kisah bermula apabila tetiba piramid Giza di Egypt yang sebesar-besar alam tu tetiba ghaib. Kes kehilangan piramid Giza ni disedari semasa kedatangan serombongan bas pelancong. Tu pon disebabkan sorang budak nakal wat onar, terbocorkan piramid Giza yang diperbuat drp belon. Habes leper belon piramid Giza  & menjadi berita hangat, Piramid Giza ghaib!

GRU, watak sorang penjahat yang kononnya cam jahat gila, pelik ngan kehilangan piramid sebesar alam tu. Kredibiliti dia sebagai penjahat juga tercalar akibar beberapa projek jahat dia FAIL. GRU ingin mengembalikan reputasi dia, dan bertekad untuk mencuri BULAN. Ya, bulan tu wo..Tak logik? Yelah, ni kan citer kartun je kan. Aiseh..ni malas nak review nih...Macam mana dia nak rembat bulan yang nun tinggi di sana, ngan plan2 dia yang ntah pape, dibantu dengan bala tentera minion yang so cute. Ala menatang yang kaler kuning2 tu la..cute kan?.Berjaya atau tidak GRU ngan plan dia tu, kena la tengok kat cinema atau pon beli pirate DVD, rasanya tak ramai yang sanggup beli DVDs ORI kan?

Untuk full review in English version, leh klik ke ||SINI||

Bagi aku, Despicable Me ni antara filem animasi yang best untuk dilayan. Takdenye nak kena pk berat, lagi pon wataknya pon cam kita gak, manusia! Tak mcm ToyStory3 atau SHREK. Makhluk yang di luar batas2 norma manusia. Ahakz. Even dalam DESPICABLE ME ni pon ada gak watak cam benda2 kuning kecik tu. Cute kan?Leh tahan gelak gak tengok telatah diorang tu. Just, dalam ni ada gak yang tak logik nya. Cam, pekejadahnya nak g curi bulan. Idea omputeh ni giler2 gak kan. Nak wat curi matahari cam tak logik sangat coz panas. Atau mungkin diorang leh olah citer tu, kalo nak curi matahari, tunggu waktu malam!!! Faham? Tak paham ke? Takpelah...

ENJOY DESPICABLE ME..aku suggest nih...nak2 bagi yang ada anak kecik...Ops..satu lg, bg aku tengok versi biasa lagi best drp tengok yg 3D. Kenapa & mengapa...nantilah kita share...

9 comments:

Sharinginfoz said...

not bad bolehlah layan kot bawa budak2

Nor Lisma Amiruddin said...

ni yg semangat nak tgk cter ni. huhu

Kaseh NazLieza said...

btol2 bgus la bro jmr ni...blh jd pengulas movie yg thebat..cayalah!!!

Ery Farieha said...

nak tengok esok!
x sabarnyee~

Sesumpah said...

alooo lg best yg biasa ke? MENGAPA BAH?

Cik Akma said...

haa aritu nak tgk tp kenape ntahh xde kat alamanda haihh~

naz said...

oh la la banyak komen orang kata bestt tp kartun macam kurang feel lah haha

mummysyafie said...

tak tengok lagi..maybe nx week la Jamar..tiz week agenda kemas rumah. tapi tengok komen ni macam tak sabar lak nak gi

SHIKIN said...

tengok2 beg, dan berfikir2...ya,ya,lusa gaji boleh lah bawa haziq g tengok this weekend.harp2 xde org yg tertido huhuuuuu