Thursday, July 29, 2010

"Memang susah nak puaskan nafsu semua orang" kata Nuffnang

Salam readerz semua..sejuk ke panas ek skang nih? Bagi aku, sejak semalam, terasa agak panas gak setelah membaca beberapa entri berkaitan dengan isu perkauman yang cuba dicetuskan oleh beberapa pihak(mungkin sorang dua jer).Agak pelik bagi aku, kenapa tetiba je timbul persoalan yang Nuffnang ni adalah sebuah syarikat pengiklanan yang mengamalkan sifat perkauman? Takkan lah hanya disebabkan oleh keputusan salah satu pertandingan yang hanya memihak kepada satu golongan sahaja, terus nak jatuhkan hukuman yang Nuffnang ni racist atau memilih bulu dalam sesebuah contest?

Mula-mula terjun dalam arena blogging ni, aku sangkakan dalam dunia blog ni takkan timbul masalah sebegini. Tu pon aku nilai selepas join event seperti Project Alpha 2 launching, Gatsby & juga Sharing Session. Takkan memasing dah lupa kot camner mesranya antara satu sama lain, tak kiralah kulit ko warna apa, janji masing-masing have fun masa event tu. Takkan memasing dah lupa kot macam-macam hadiah/souvenir yang kita dapat bila attend event-event tersebut. Siap kasi RM lagi kalo pergi event GATSBY tu. Tu pon sapa yang pergi, dialah yang dapat, yang dok rumah goyang kaki memang TAK la jawabnya. Sama je dengan konsep dalam pekerjaan, sapa yang rajin dan ikhlas bekerja, dia akan dapat lebih rezekinya. Sapa yang malas dan suka ngelat, jawabnya belum tiba hujung bulan, makan pasir la jawabnya. Tak gitu ye odah?

Ok, berkenaan dengan isu asyik-asyik orang tu je yang menang, bagi la orang lain menang plak. Wah, bagus, adakah ini bermakna entry kamu layak untuk menang tapi tak menang, atau kamu cuba mengadili yang entri kawan kamu patut menang tapi tak menang?. Atau sebab pemenang tu datangnya daripada pihak lain, buka daripada suku sakat kamu? 

Bagaimana lak sgn Nicol David, warganegara Malaysia, yang asyik dia, pas dia dan dia je yang menang skuasy tu? Kita berbangga kan, sebab dia berada di sebelah pihak kita, warga Malaysia, tapi apa lak warganegara lain rasa, adakah mereka pon mempertikaikan kemenangan warganegara Malaysia itu? 

Rasanya bagi mereka yang berfikiran terbuka, tidak akan mempertikaikan hal ini, kerana yang menang adalah mereka yang LAYAK..mungkin boleh juga dikatakan yang tidak menang itu tidak mempunyai nasib yang bagus atau tiada rezeki. Dan sepanjang perkenalan aku ngan Nuffnang & aktiviti-aktivitinya, rasanya pemenang-pemenang bukan hanya di sebelah pihak sahaja. Aku tak nak gitau sapa yang pernah memenangi contest-contest itu, tapi rasanya kalo blogger tu betul-betul memahami sistem operasi Nuffnang, dia pasti akan tahu setiap perkembangan & tidak akan mempertikaikan sesuatu keputusan. Erm..ok aku amik contoh hadiah tiket utk Nuffnang screening( coz aku selalu jek dpt yg nih..), rasanya dalam hall cinema tu, macam2 loghat aku leh dengar, ade cakap KL, ada cakap Mandarin, ada cakap Tamil ,ada cakap Kelate dsb, kalo btol la Nuffnang ni cam racist, rasanya mungkin aku hanya akan dengar Mandarin/Kantonis saje kot..tak gitu?

Come on, tak guna pon kalo kita terus mencari alasan atas kesilapan diri sendiri. Bukan sebab kita tak bagus, tapi ada orang yang lebih bagus daripada kita, dan seharusnya jadikan ini sebagai satu cabaran untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang, bukannya mencipta sesuatu isu yang boleh memudaratkan keamanan dan kesejahteraan sekarang ni.

* harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang nih*
* belajar terus berusaha utk mendapatkan yang lebih baik, bukan belajar mencari alasan*

-bak kata Tun M semalam, kalo nak berblog, biarlah ada etika, barulah orang luar akan hormati blogger melalui penulisan. Even blog ini tanpa kawalan sesiapa pon, tapi seelok-eloknya blogger berfikir terlebih dahulu menggunakan akal di kepala atas, bukan di kepala lutut, main hentam/luah je tanpa mengira sensitiviti sesuatu benda.(ayat last tu ayat aku ye)-

pssst : best giler aku baca pasal isu ni kat blog Fazreen, tidak puas hati dengan Nuffnang.

9 comments:

.s.o.f.i.a. said...

sokong ketidakracistan nuffie.... sebab penah menang free tickets gak. and penah dapat habuan projectalpha gak......

maslinamansor said...

kalau sepatutnya menang... harus menang sebab dia layak, kan...

Nextime baca entry yang dimenangi itu dulu. Kalu betul tak best... baru cakap...

Tapi haruslah dalam etika yang betul... Tanya dulu, baru bertindak...

[-suziey-] said...

tula tetiba jadi hangat kan..isk ..
tp for me kan..kalu ko xsuka nuffnang jgn join lagi..tutup akaun dh dediam.xyah la nk buat n3 panas yg sgt sensitip..isu racist ni mmg sgt sensitif..klu bole jgn la timbulkan lgsung kt public..settle dediam jek..bkn ape..jgn mengeruhkan lagi keadaan..

JAI said...

Mmm..offtopix.. bro backround putih lagi lawa kut..pastu gambo ko buat black & white version..perghhh ngancam bro

kak ina kl said...

hemmmm..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. best jugak bila keluar sekali-sekali cerita hangat camni

NuNu EeRa said...

bia la kat die 2.. jnji u da menang tiket tekken.. hehe..

ken said...

yeah.. not easy to please everyone =/

mummysyafie said...

tak pernah ikut xtvt nuffnang. takde rezeki lag takat ni JMR.

cik syazni said...

racist ke? mcm2 lah dorang ni nak pertikai kan? blerggh..